Tuesday, June 29, 2010

Open your eyes



Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......

"*"
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

Repeat "*"

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Repeat "*"


Allah...

You created everything
We belong to yo0u
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......


" lagu ini mengingatkan kita semua ciptaan yang ada didepan kita adalah kerana hikmahnya " SUBHANALLAH

Saturday, June 26, 2010

Durian oh durian


Setelah hampir 3 minggu mengidam nak makan durian mlm td dapat jugak ku menikmati durian. haha. Sebenar nya da lame da teringin nak makan durian nie dari masa pentauliahan haritu lagi sebenarnya, kat penang aritu heboh la sal durian-durian nie. aku just dapat hidu jer bau durian dari bilik-bilik stap dimana tempat ku menginap kat USM aritu. Asyik balik kawat and rocall jer terbau durian.

Durian oh durian, mlm td ku dengan kengkawan bukan nama sebenarnya Biskut dan Matt dan Tao. Dengan tidak ku duga sembang la tentang durian-durian nie "sembang taknak gempak pulak" and then terpikir lak nak beli durian. Dalam perjalanan tersebut, berhenti la kat port nie ade jual durian. Pergh... mahal jugak RM6 sekilo. Tapi takpela cos teringin sangat nak makan durian ak support2 la sket beli durian. Ingat dapat la nak beli dalam 2 atau 3 biji, amik la sebijik nie besar gak la aku siap goncang-goncang dan hidu bau durian tu ( wat la mcm ala-ala profesional nak beli durian ) sekali dye timbang, dan penjual tu tekan-tekan kalkulator kena la RM14 sebijik tue. Pe lagi agak tergamam lak...huhu, tak pe la 14 pon 14 la janji dapat lepaskan keinginan ku untuk merasai durian. Yang si Matt nie pulak berkata " makan tuk suka-suka jer pakcik" haha.


Tiba di rumah, takdan nak jamah nasi terus jamah durian dulu. Pergh..memang best dah lame tak rase durian kate kan, tapi memang best la dapat memenuhi keinginan makan durian. Rase mcm tak puas pon ader , maklumlah beli sebiji jerk lain kali nak kena cari durian lagi nie biar puas makan durian. Hohoho...

Setelah selesai ku dengan kengkawan borak-borak, antara yang menjadi isu adalah durian yang kte orang beli itu berat kulit jer. Kalau dikira-kira balik makan 4 orang, sorang dapat makan dalam 2 ulas jerk.. tambah tolak bahagi tonggang tebalik kira-kira seulas dalam dua ringgit lebih haha. Pikir-pikirkan la...huhu, Durian oh durian.

Friday, June 25, 2010

Addicted to OSHA haha..


Salamualaikum.. dalam minggu nie memang sungguh sibuk dengan assigment la presentation la sampai tak dan nak updates blog nieh.

Apa itu OSHA ?? mesti ramai yang tak tahu kan. Kalau diikutkan istilah dak2 kelas aku OSHA tue adalah "Operasi Selamat Hamba Allah" haha. Kalau nak diikutkan maksud sebenarnya adalah Occupational Safety and Health Act. Tapi memang betul pon dengan akta-akta ini dapat menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Apa yang hendak ku ceritakan disini adalah betapa addictednya terhadap akta-akta nie selepas seminggu menjerumuskan diri dalam kelas undang-undang akta keselamatan dan kesihatan pekerja hampir setiap masa merepek tentang undang-undang nie otak da gila-gila pulak haha. Kadang-kadang kelakar gak. hehe.

Monday, June 21, 2010

Rentetan Dari Kekejaman Seorang Gadis Terhadap Binatang

Ini adalah antara updates yang aku dapat terhadap video kekejaman tersebut..

Wanita tersebut berasal dari sebuah wilayah di Cina yang bekerja sebagai seorang jururawat. Dia sedang dalam keadaan tertekan setelah perkimpoiannya gagal dan kemudian dia dipujuk oleh seseorang untuk menginjak binatang sampai mati di depan kamera.
Videonya kemudian tersebar di internet. Bahkan ada sebuah website yang menjual video tersebut sebesar 15 Yuan per disc.

Setelah videonya tersebar, peristiwa ini dilaporkan kepada pihak yang berwajib oleh para pecinta binatang dari seluruh dunia.
Wanita dan para kru yang ikut serta dalam pembuatan video ini jadi wanted di Cina dan akhirnya ditangkap di sebuah wilayah di Cina Utara.

Wanita, Produser dan Jurukamera yang bekerja di sebuah syarikat television di Cina meminta maaf atas kejadian ini. Wanita tersebut juga meminta maaf sedalam-dalamnya keatas perbuatan yang dia lakukan dan seluruh akibat yang harus ditanggung oleh orang lain yang mengetahui/melihatnya.

Dia menjelaskan bahwa dia sudah bercerai, stress dan mempunyai masalah untuk menemukan jalan hidupnya. Dia mengatakan bahwa semua masalahnya ini menyebabkan tindakan sadisnya terhadap kucing. Dia juga menyebutkan bahwa perbuatannya sangat menyakiti dan mengecewakan keluarganya, khususnya anak perempuannya.

Wanita dan produser video ini kemudian dipecat dari pekerjaan mereka setelah mereka dikenalpasti.
Belum jelas apa hukuman buat mereka, karena hukum tentang tindakan kekejaman terhadap binatang belum cukup jelas di Cina.

Ini pula lagi satu kekejaman keatas binatang...itik oh itik...kat Foto ini gak jelas .... apa benar gadis ini yg meminjak Itik tersebut?
siot betul siap ley suke lak pompan nieh..lempang baru tau..


Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA


amai orang dok sambut dan ingat HARI IBU. Macam-macam sambutan dan anugerah depa pi buat. Memang meriah sungguh, bangga betui wanita-wanita yang bergelar ibu. Tapi kalian jangan lupa juga, HARI BAPA. Ada orang kisah dan ada yang tak kisah sangat pun. Kekadang tu terasa la jugak, macamlah bapa ni tak banyak sumbangan atau agaknya pasai peribahasa setakat sebut BAPAK BOREK, ANAK RINTIK berbanding tentang ibu, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU. (haha..terikut-ikut lak sleng penang maklum la da dkt 2 minggu kat penang aritu)

Walaupun aku dah tak de bapa, dah hampir selama 12 tahun aku amat bersyukur dengan apa yang telah ditinggalkan oleh ayah ku sebelum pemergian beliau. Dengan berkat usaha ku, aku telah berjaya mengapai segulung watikah sebagai Leftenan Muda dan Bakal mendapat segulung ijazah pada oktober nanti. Pasti arwah ayah ku bangga atas pencapaian ku sekarang.

Kita sebagai anak harus lah menghargai pengorbanan AYAH tak semestinya ibu sahaja, kerana beliau mencari pendapatan untuk membesarkan kita dari kecil hingga besar. Siapa kita jikalau tiada beliau yang menanggung kehidupan harian kita yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kita. Oleh itu, hargailah bapa anda selagi beliau dia masih ada "jangan asyik melawan jer ckp bapa".

Disini juga saya ambil kesempatan nak ucap SELAMAT HARI BAPA kepada semua kaum adam yang sudah menjadi bapa. Moga kita mampu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak kita.

Saturday, June 19, 2010

OSH legistation - Introduction

Assalamualaikum..

There are 2 main Act governing occupational safety and health in Malaysia which are:
  • Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA 1994) (Act 514)
  • Factories and Machinery Act 1967 (FMA 1967) (Act 139)


OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994 - Act 514 (OSHA 1994)
Basically, the objective of this act are:
  1. To secure the safety, health, and welfare of persons at work against risks.
  2. To protect persons at a place of work other than persons at work against risks.
  3. To promote an occupational environment for persons at work which adapted to their physiological and psychological needs.
  4. To provide the means of the associated occupational safety and health legislation may be replaced by a system of regulations and approved industry code of practice. These regulations and code of practice operating in combination with the provisions of this Act and designed to maintain or improve the standards of safety and health.



FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 - Act 139 (FMA 1967)
This is an Act to provide for the control of factories with the respect to matters relating to the safety, health and welfare of persons therein, the registration and inspection of machinery and for matters connected therewith.



"These provisions have their own penalty if not compliance"


Friday, June 18, 2010

Kekejaman Seorang Gadis Terhadap Binatang



ASTAGHFIRULLAH-AL-'AZIM...
Inilah perbuatan bodoh dan kejam yang telah dilakukan oleh seorang gadis Asia terhadap binatang, yaitu anak kucing yang masih kecil.


Benar-benar pemandangan yang sangat mengerikan. Anak kucing ini dipijak dengan kasutnya, dan heels hasut tersebut dipijak masuk kedalam mulut kucing tersebut dan heels yang sebelah lagi pula di tusuk ke dalam mata anak kucing tersebut sehingga mata kucing tersebut terkeluar sungguh mengerikan. kemudian diinjak-injaknya sampai kepala kucing tersebut hancur berdarah-darah.

Pasti anda dapat mendengar ngiauan kucing tersebut sedang kesakitan, sungguh tidak berperikemanusiaan langsung perempuan tersebut. Sungguh zalim perempuan tersebut terhadap haiwan. Saya juga telah postkan kat Facebook dan rata-ratanya memberikan feedback yang geram terhadap wanita tersebut.

Dalam kita tidak sedar bukan ini satu jer kes yang saya telah jumpai sebenarnya terdapat banyak lagi kes-kes seperti ini yang kita masih tidak ketahui.


*Berita Berkait

Thursday, June 17, 2010

Bermulalah rintihanku tentang artikel berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Detik ini saya akan cuba mula menulis artikel berkaitan dengan "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan" (Occupational Safety and Health - OSH) untuk dikongsikan kepada anda semua.

Artikel ini adalah bertujuan untuk bersama-sama berkongsi ilmu yang kita ada. Disamping itu, supaya saya dapat lebih mudah ingat perkara-perkara yang berkaitan dengan OSH ini. insyaAllah..

OSH merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Apa yang ditekankan disini adalah aspek-aspek keselamatan dan juga kesihatan
di tempat kerja.

Dengan itu saya berharap saya dapat kongsikan ilmu-ilmu ini kepada pembaca dan juga berharap supaya saya dapat menimba lebih ilmu dari pembaca-pembaca yang berpengalaman dalam bidang ini. Kerana saya pun bukan arif sangat tentang bidang ini tetapi apa yang saya dapat akan saya curahkan di blog ini. Mungkin juga kita boleh berbincang bersama apa-apa perkara yang tidak jelas berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini. Semoga Allah permudahkan..





Ku digelar sebagai Leftenan Muda


Alhamdulillah agak lama juga ku tak update blog ku ini,kerana sepanjang 2 minggu lepas ku amat sibuk dengan latihan-latihan bagi pentauliahan diri ku. Kalau nak diikutkan hati hari-hari aku nak update ape yg aku buat sepanjang pentauliahan tersebut.
Sekarang ku sudah dikurniakan pangkat sebagai Leftenan Muda. Disini ku ingin mengatakan selama 3 tahun perit pedih perjuangan diri ku adalah berbaloi dan tidak disia-siakan. Ku amat gembira selepas ditauliahkan dan agak sedih juga cos akan berpisah dengan skuad-skuad ku dan yang lebih penting adalah kepada stap jurulatih ku. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar selama 3 tahun ku menjadi sebagai pegawai kadet. Ku dapat melihat riak muka stap malam selepas pentauliahan beliau seperti sedih dan sukar untuk melepaskan kami dari tanggungjawabnya. Beliau dah kami anggap seperti ayah sendiri dimana beliau sentiasa mengambil berat terhadap kami. Walaubagaimana pun saya takkan lupakan pada jasa-jasa stap, jasa mu akan tetap ku kenang sampai bila-bila...

Monday, June 14, 2010

Selesai la sudah Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA Ke-29

Alhamdulillah

Alhamdulillah telah selesainya Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA Ke-29 diadakan pada 12 Jun 2010 lepas yang bertempat di Universiti Sains Malaysia.

Pejam celik, Sudah 3 tahun rupanya maka berakhirnyalah kehidupan ku sebagai seorang pegawai kadet selama 3 tahun, dari jadi junior, sampai dah ada junior sendiri. Dan sudah tiba waktu untuk daku ditauliahkan, dimana latihan ketenteraan ku telah tamat dan kini Ku telah berjaya merdekakan diri ini dengan kejayaan segulung watikah sebagai Leftenan Muda. Maka berakhirnyalah kehidupan ku sebagai seorang pegawai kadet

Dengan berkat dan azam diri ini menempuhi segala cabaran dan dugaan selama menjawat sebagai pegawai kadet selama 3 tahun ku telah berjaya mengapai impian yang diimpikan bagi menjadi seorang pegawai tentera. Pelbagai pengalaman dan pembelajaran yang telah ku timba sepanjang 3 tahun tersebut.

Dan ku ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan ku terhadap jurulatih-jurulatih dan juga pegawai-pegawai PALAPES UTHM yang bertungkus lumus, bersusah-susah, berpening-pening dengan perihal ku dan skuad 28 ku ini. Lebih-lebih lagi kepada Sarjan Amran atas keperihatinan beliau hingga saat terakhir. Pengorbanan mu takkan ku lupakan.