puyuh yang kecil tapi berjiwa besar..Puyuh berbunyi untuk menyatakan apa yang terlintas atau terusik di fikiran dan dihati ini untuk dikongsikan bersama.
Monday, February 14, 2011
P E R S A H A B A T A N
Thursday, February 10, 2011
Dunia bloging ku
Try-try la ushar blog yang baru ini
Dimana berkonsepkan sesama kita kongsikan idea, pengalaman dan ilmu yang kita dapat sepanjang kehidupan seharian.Blog tersebut juga masih lemah dan tidak ramai visitor. Same jer dengan blog ini, tetapi terdapat jugak yang agak merepet so daku taknak la campur adukkan dengan blog ini. dimana blog ini adalah luahan bilapuyuhberbunyi.
Walaubagaimanapun, bukan lah bermaksud untuk ku berhenti menulis pada blog ini. Blog ini tetap akan aktif dan akan ku updatekan untuk di kongsikan kepada anda semua.
Lawati blog baru ku taotauajer.blogspot.com
sila lah follow blogterbaru saya itu anda diperlukan bagi menyokong blog ini.
Sunday, February 6, 2011
Nickname ku pada Model kapal terbang terbaru WOW..
Friday, February 4, 2011
Kesunyian kesepian
Hari nie dah hari ke tiga dah ku keseorangan di negeri orang ... kengkawn sume balik kampung. Rasa sunyi tampa mereka-mereka ini sorang ke Perak sorang dah ke Melaka. Setiap malam hanya bertemankan laptop sambil berfacebook dan layan X-fm online, keluar makan pon sesorang kat tempat biasa "Ceker" hehe.
Bos kedai tu mmg da kenal aku, co cam pelik jer..biasa reramai tertapi semenjak kebelakangan nie makan sesorang je ke bro..hehe. Ye la bos nak wat cane sume da lik kampung...hehee
walauapepon sudah menjadi kebiasaan ku apabila raya cina tak lik kampung. Tapi kenapa kali nie rasa sunyi sangat... wuwu. Miss u all...hehee
Layan kan lagu nieh... cam xde kene mengene jer gan lagu nieh..hehe layan jer lah
Walaupape pon thanks ade gak kengkawan yang care sal aku tanye da mkn ke blom...hehe. Terharunye. wuwuw
Rase tak sabar pulak untuk menantikan kengkawan balik dan hang out keluar sesama lagi...huhu.
Selama 3 malam nieh ak da sibuk mengelolakan blog baru yang telah di buat iaitu TAOTAUAJER makanya ini adalah blog ke 3 dah..hehe
Kepada yang baru belajar nak wat blog tuh.. pelan-pelan kayuh ek..belajar sampai pandai..hehee
penantian masih diteruskan sehingga malam-malam berikutnya...wuwu..
Thursday, February 3, 2011
Bloglist terjah bangku kosong
Rintihan seorang pelajar Mesir
Atikel ini adalah ku dapat kat Facebook untuk dikongsikan bersama..tetapi ini bukan aku.hehee
salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.
takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?
betul.
ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html
http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html
apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?
betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.
aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.
yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?
aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?
ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.
sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.
ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.
ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.
bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.
kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!
sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.
kami tak cukup berharga, kan?
lagi sekali.
sampai bila?
nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.
kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?
kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.
well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.
sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.
kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.
kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.
banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?
Wednesday, February 2, 2011
Selamat Tahun Baru Cina di ucapkan
Ape yang korang dapat bayangkan dengan perayaan tahun baru cina?? Letupan mercun dan thunderclap kat ruang angakasa...hehe
petikan~sesedap biskot abang
Anda tergolong dalam 1.5 juta orang mendapat Email dari Dato Seri Najib Razak ?
Berikut adalah ucapan Dato Najib Razak dalam email tersebut
Salam 1Malaysia!
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.
Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.
Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!