Ape yang korang dapat bayangkan dengan perayaan tahun baru cina?? Letupan mercun dan thunderclap kat ruang angakasa...hehe
Sebelum tuh aku nak ucapkan sekali lagi kepada kengkawan sumer Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnye la ea...hehe
Seperti kebiasaan tahun baru cina jer ak tak balik kampung, tahun nie pon same jugak. Memang keseorangan lagi lah nampaknye. wuwu~
Ape deorang buat masa Tahun Baru Cina yer?? hrmm...
Sambutan Tahun Baru Cina di sambut dengan menziarahi ahli keluarga saudara mara dan sahabat.
Tahu kah anda sambutan Tahun Baru Cina selama 15 hari~
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini sebagai simbol betapa eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, daging salai, tiram berkicap, kuih pulut, sayuran ‘prosperity’ dan limau mandarin.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’, yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru telah bermula.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas tahun baru cina, perayaan ini ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh yang juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
petikan~sesedap biskot abang
petikan~sesedap biskot abang
HAPPY CHINESE NEW YEARS 2011
FREE ANGPOW... GRAB IT NOW HERE
No comments:
Post a Comment