Monday, August 30, 2010

Andai dapat ku undurkan masa...


Pejam celik - pejam celik bertungkus lumus belajar dan huha-huha dengan OSH Mber tak sangka sudah 4 bulan berlalu. Ku rasakan amat cepat masa berlalu dalam masa 4 bulan course kami, seperti tidak cukup rasanya.

Dengan apa yang telah diharungi bersama-sama sepanjang 4 bulan ini. Bayangkan dari pagi ke claz sampai petang dan malam pula berdiscussion mahupun berhuha-huha makan bersama ataupun berkaroks bersama-sama. Kesimpulannya kami sentiasa bersama...huhu

Dari-hari ke hari semakin pendek masa untuk bersama-sama lagi dengan mereka-mereka ini, kelas pon dah habis menjelang raya pula dan selepas raya semua mengikut haluan masing-masing dimana yg telah dipostingkan tuk praktikal. Maka ini mungkin pertemuan terakhir untuk course ini dan mungkin akan bertemu lagi sewaktu konvo pada tahun hadapan insyallah.

Ku rasa amat bertuah dapat berkawan dengan mereka-mereka ini kerana sungguh sporting, happening, otak gila-gila sempoi, ingat mengingati rakan.. adalah sukar untuk dicari ganti kawan seperti ini. Antara yang menjadi trademak kumpulan kami adalah "SHARING IS CARRING" ni lah khalimah yang dipegang oleh kumpulan kami, dimana bolah bayangkan bagaimana keakraban sebagai seorang kawan malahan lebih dari seorang kawan..ku anggap sume-sume korang nie da macam adik beradik ku sendiri.

Pilu rasanya, setelah seorang demi seorang telah pulang ke kampung masing-masing. Maka semakin suramlah kumpulan nie.. just tinggal beberape kerat jer. Tak lama lg aku pon bakal pulang ke kampung halaman.

Ku akan merindui korang semua... love you all OSH mbers...muaahh

Friday, August 27, 2010

perpisahan..

dimana telah berakhirnya kursus ku selama 4 bulan dalam program INSEP 2010 ini. Telah banyak pahit manis yang telah dilalui bersama-sama OSH members.

Hari ini seorang demi seorang telah pergi meninggalkn kita, dimana tidak lama lg akan bermula alam praktikal pula.

Sememangnya perpisahan itu, adalah menyedihkan setelah besama-sama mengharungi perit duka selama 4bulan.

Ku amat sayang pada semua OSh mbers dan juga tenaga pengajar yang telah banyak membantu. Tidak akan ku lupakan gelak tawa gurau senda kita bersama, dalam masa 4 bulan ini hanya ditemani korang...pagi,petang, dan mlm semuanya korang.

I love you all and will miss u all... keep all memories of you.. ♥♥

Lawatan terakhir...OSH CREW


Pada tanggal 28 August 2010 kami OSH sekeluarga membuat lawatan ke Akademi Bomba, KLIA dan juga bersama-sama berbuka puasa d'VILLAGE RESORT.

Pergerakan pd hari tersebut pada pukul 4.00 pagi dan berhenti bersahur, di tempat yg tidak asing lg iaitu jentayu.



sampai di Akademi bomba tersebut dalam pukul 11 pagi. kami diberi sedikit taklimat daripada pesuruhjaya bomba di tempat tersebut. kemudian, di demostrasikan prosedure hazmat, taklimat kelengkapan yang digunakan dan jentera-jentera bomba yg terdapat di akademi tersebut.




bertolak ke KLIA



berbuka puasa di d'Village Resort, Melaka


Akhir sekali kami bergambar semua dengan pihak bourderless dengan Geng SHO MISDEC, dan bersalam-salaman dan terus beransur pulang.

Tuesday, August 24, 2010

Savannah Hill program...


program selama 3 hari 2 malam, dimana dalam program ini telah banyak imput-imput dan pahit manis yang ku lalui demi menempuh alam pekerjaan nanti.

berterima kasih kepada fasi-fasi yang telah memberi tunjuk ajar dan juga tunjuk ajar kepada saya dan juga kengkawan dimana ilmu ini tidak mungkin dapat dimana-mana tempat lain.

Friday, August 13, 2010

Kerang Goreng Satay Pantai Senggarang


Antara photoshoot yang terbaik dikala waktu matahari terbenam...

meniknati hidangan kerang goreng sambal sambil menikmati keindahaan matahari terbenam bersama kengkawan group OSH.

Wednesday, August 11, 2010

Hari Terbuka Insep 2010 - part 2



part 2 nie pula dimana hari kejadian Hari terbuka Insep 2010. Dimana kami membuka booth tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Antara yang dipamerkan adalah Personal Protective Equipment (PPE) , video keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan juga info-info yang berkenaan seperti poster-poster dan gambar-gambar kemalangan yang berlaku sewaktu bekerja.


booth Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


OSH show..zappin

antara yang tidak ku lupakan adalah dipaksa untuk membuat persembahan zapin..huhu.
mcm tak caya gua dapat participate dalam persembahan zapin. Bukan pernah pon join ala2 seni mcm nie. Nie lah first time gua join n wat persembahan tarian zapin. Dengan berbekalkan ajaran asas zapin satu malam and membuat training zapin dalam kelas dalam masa lebih kurang 8 jam jer. Dimana aku, Biskowt and aty just in 3 wat persembahan berikut. Memang tidak dapat ku lupakan sebab dah seminggu lebih zapin cancel. tiba-tiba kena menari 3 orang je. Petang hari sebelum nak perform barulah terhegeh2 nak practise, maklumlah maklumaat last-last minit. Bukan main laju Dup dap jantung gua. Mane la tau silap langkah ke salah lompat ker, sampin lucut ker...wawawa ape2 jer la yang mungkin berlaku. Pape pon, terima kasih kepada kwn yang ajar kami berzapin. Pasni nak menari ape la pilak.

video


opSSS tertukar la pulak.... ini isu yang telah timbul, samaada ini program untuk semua kos insep or Program Hari Terbuka OSH insep 2010???


ops jangan marah


Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa




kepada semua selamat berpuasa.. puasa jangan tak puasa.
sesungguh nya tambahkan lah amalan di bulan istimewa ini, bulan ramadhan.



syaitan da bla bulan ramadan nie, jangan kowang lak bermaharajalela menjadi macam syaitan di bulan ramadan ini...huhu

Jangan lupe pulak nak berniat pose nie, tau niat berbuka jer....
Niat puasa ramadhan :
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Niat berbuka puasa :
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Destinasi Sg.Bekok



Dimana kami OSH GROUP bersuka-ria selepas menyudahkan program di sekolang agama pintas puding.

Charity Sekolah Agama Pintas Puding...part 2



part 2 nie pula pada 9 august 2010, dimana kami membuat persiapan akhir untuk perasmian kempen keselamatan & kesihatan dan alam sekitar, serta projek taman landskap.



Kami berkumpul di dewan sekolah tersebut untuk perasmian, dimana diberi ucapan oleh En.izzuddinshah selaku penyelaras Kos landskap kemudian ucapan oleh guru besar Sekolah Agama Pintas Puding iaitu En.Salleh. Kemudian program perasmian tersebut di sempurnakan oleh Tn. Hj. Musa iaitu pegawai pendidikan agama Batu Pahat.

Kemudian, upacara perasmian dilangsungkan dengan memberi signboard kepada Guru Besar sekolah tersebut untuk di semadikan di dinding sekolah tersebut.



Selepas itu, upacara penghargan diberi oleh Pegawai Pendidikan Agama Batu Pahat kepada semua yang menyumbang tenaga dan keringat untuk menjayakan program tersebut.


Setelah selesai, saya mengikuti untuk perasmian menanam papan tanda keselamatan yang telah dibuat oleh OSH krew yang disempurnakan oleh Pegawai Pedidikan Agama Batu Pahat, Guru Besar, dan juga moderator kami.

Pegawai tersebut diiringi bagi melawat kawasan-kawasan yang telah dikerjakan oleh kami.

akhir sekali sesi bergambar bersama-sama.

Dan bagi penutup majlis tersebut kami dijemput untuk menjamu selera tengahari di sekolah tersebut.

No no no... hari nie bukan berakhir di sini sahaja, habis jer program ini kami bercadang untuk kembara mandi-mandi di Sg.Bekuk



Sunday, August 8, 2010

Charity Sekolah Agama Pintas Puding...part 1




memulakan kerja-kerja bagi memasang papan tanda keselamatan.



bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah tersebut.



in progress..

Saturday, August 7, 2010

Hari Terbuka Insep 2010 - part 1..... ( work in Progress )




Pameran projek akhir insep 2010, dimana OSH krew membuat pameran berkaitan safety and health dan memberi talk kepada pegunjung-pengunjung yang terdiri dari pensyarah dan siswa/siswi.


kita lihat gelagat-gelagat sewaktu practise zapin.
gelagat practise kat kelas
sampai tertido gua kepenatan practise zapin


mesti tak sabar tuk tengok Hari Terbuka Insep 2010 - part 2 kan kan...huhu



to be continue...blogs in progress...

Charity SMK Tun Hussein Onn



Kerja amal bagi kos safety and health INSEP 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein onn. Dimana kami, menekankan aspek-aspek keselamatan dan menceriakan sekolah tersebut.

Kami membuat pameran OSH dimana kami membuat satu ruangan dimana para pelajar disekolah tersebut untuk diberi pendedahan serba sedikit tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Antara yang dipamerkan adalah, personal protective equipment (PPE), bahan rujukan, gambar-gambar kes kemalangan dan juga video-video mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.





Antara aktiviti yang dilakukan adalah mengecat semula divider jalan, road line untuk pejalan kaki, membuat signage laluan kecemasan di koridor blog sekolah dan juga signboard keselamatan di sekolah tersebut.


Ready to go work completed...

New imobile Android is mine..



Handphone terbaru ku imobile 6010 android
imobile android menjadi milikku
Setelah sekian lama ku idamkan handphone yang pelbagai guna dan ada wireless lagi tu. cos online nie mcm da jadi sebahagian dari hidupku. Cari pendapatan pon kat internet juga. Selain itu, dengan handphone ini akan memudahkan lagi kehidupan seharian ku dimana dengan aplikasi-aplikasi yang canggih dan terkini.
dengan itu ku telah melangkah maju setapak dalam dunia teknologi.


Apa itu android? let’s check it out!!

Android adalah perisian stack untuk peranti mobile yang merangkumi sistem operasi, middleware dan aplikasi kunci. Android SDK menyediakan perkakas dan API diperlukan untuk mula mengembangkan aplikasi pada platform Android menggunakan bahasa pemrograman Java.
System dengan konsep open source yang dikembangkan oleh perusahaan raksasa Google, bersama dengan lebih dari 30 perusahaan besar di dunia bersatu membentuk aliansi bernama OHA (Open Handset Alliance) yang berguna untuk menyempurnakan sistem operasi Android ini.


to be continue...

Monday, August 2, 2010

der best picnic in my Life with my OSH mbers


Agak sudah lama ku tidak mengupdtes blog nie..kali ini aku akan bembawa kan ada ke G.Belumut tentang the best picnic in my life.

Program ini telah lama dirancang oleh kami-kami sekelas untuk membuat satu picnik ke suatu tempat, dimana rancangannya ingin berkelah ke G.berlumut. Program ini agak lama juga ter postpon di sebabkan oleh ada beberapa ahli yang tidak hadir. Akhirnya pada tanggal 25 julai termakbul jua program ini. Piknik ini kteorang menjemput Mejar Khairul dan En.Razali dari Borderless untuk join program ini, dan mereka juga lah menyumbangkan seekor kambing untuk di BBQ kan.

tertunggu dan menunggu kengkawan yang tidak kesampaian lagi, agak sudah lama ku tunggu "penantian itu satu penyiksaan" huhu.

Dalam pukul 10.00am baru lah semua kengkawan telah tiba and diberi sedikit breifing tentang apa yg bakal dibuat setiba di tempat perkelahan tersebut. Dan juga sedikit doa untuk merahmati perjalanan kami semua.

Perjalanan tersebut mengambil kira2 45min untuk sampai. Dalam hidup ku, bru ku tahu member pompuan ku ini cekap memandu kereta (mcm bawa moto) dengan lajunye and siap cilok-cilok lagi tue, this is the 1st time ku jumpe mber pompuan yg mcm nie. Rock beb...hehe


Pose dlu setelah tiba di sungai G.berlumut

Upacara berBBQ di G.berlumut

Setelah siap prepare tempat BBQ bara pon da ok, start la membakar daging kambing dan juga ayam. Bukan ku nak ckp lebih la, daging kambing yang first2 masak n ku rasa memang sedap rase mcm daging burger. Sungguh enak sekali. The best larh..

Sewaktu sibuk mengipas2 bbq nie kengkawan yg lain pergi bermain cari gula-gula dalam tepung, tinggal lah daku dan beberapa kengkawan yang sedang tekun dengan BBQ nie. Tah mcm ner, permainan deorang jadi main baling2 tepung la pulak dalam tidak ku sedar tetiba jer tepung melayang ke muka ku... adess. owang yg tak main pon turut kena sekali.huhu. Memang durjana lah sorang perseorang dikejar dan dilumuhkan tepung.

Setelah itu, barulah beramai-ramai bersuka ria di air. Bermain dengan air, mcm 2 style gak gaya2 kengkawan ku ini berenang ada yg tidak tahu berenang. Gua pon tau berenang sikit2 jer. And then, ble dah lapar bru lah naik untuk menjamah santapan BBQ yang telah dimasak dan juga makanan-makanan yang telah ditaja oleh Mejar Khairul dan En.Razalli...Thanks

Tidak ku lupa juga, hari tersebut adalah juga hari perpisahan dengan Husaini kerana beliau telah dapat tawaran untuk menlanjutkan pelajaran ke UNIMAP.

The happiness of OSH members

Perjalanan balik dari G.berlumut belum menandakan berakhirnya program ini, kteorang melencong lepak2 minum lak di satu kedai area Kluang. And then, tanpa disangka2 kat port minum tu ader tempat tuk karoks lak apa lagi ON jer la. Sempat jugak la mendendangkan 5 or 6 buah lagu. Layan gak la, tapi mic tempat tu mcm hampeh. Kejap ok kejap tak ok.

Dalam 5.oo petang, kte orang pon bersurai. Bayar-bayar and bla ikot kereta masing2.

I will be miss this moment.... tah tahu bila lagi dapat picnik mcm nie lagi.

Thanks for the memories