Friday, December 31, 2010

Gud Bye 2010 |


Tamatnyer tahun 2010 yang penuh dengan pahit manis dan kenangan yang dilalui sepanjang 2010 semoga ku dapat menjadi lebih matang dengan ape yang telah ku lalui sepanjang tahun tersebut.


Lawak | Video Hitler mengamuk Malaysia Juara AFF Suzuki 2010

Ha...ha..ha.. Kelakar Layanzzz...

Thursday, December 30, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 | Tahniah Harimau Malaya


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
BERJUANG HINGGA TITISAN YANG TERAKHIR, MEMARTABATKAN NAMA NEGARA.

Tahniah di ucapkan kepada skuad Harimau Malaya telah menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 malam tadi. Tahniah Harimau Malaya memartabatkan nama negara dengan kemenangan aggregate 4-2 mengalahkan indonesia.
Walaupon benteng pertahanan malaysia agak bocor dan kucar-kacir aku kagum pada Safee Sali (10) berjaya menjaringkan gol tampa disangka menakjubkan..hehe.

to Safee Sali : Ramai la org akan like kat kao..huh,
bersepah la pmpn nak cari bf pemain bola sepak lepas nieh..huh~

Haa.. nie lagi sorang semakin mendapat tempat di hati semua orang, penjaga gawang gol Malaysia
si Khairul Fahmi. Dengan hebatnye menjaga gawang gol malaysia malam tadi.



BURUNG GARUDA TERBANG TINGGI-TINGGI
HARIMAU MALAYA BERLARI-LARI

BURUNG GARUDA DI BAHAM MATI
HARIMAU MALAYA SENYUM BERDIRI

memang garuda terbang tinggi-tinggi dapat 2 gol..tapi harimau malaya tetap teguh berdiri menanti kejayaan dengan penuh senyuman.

Permainan kali ini di Stadium Gelora Bung Karno nasib baik tiada sinaran laser berpancaran di kenal pasti, ini disebabkan oleh pemeriksaan ketat oleh pihak POLISI Indonesia..kite lihatkan gambar nieh situasi sebelumnya penonton masuk stadium sebelum permainan dimulakan.

Pak polisi membuat pemeriksaan ketat terhadap penonton yang hendak masuk ke stadium

Terbentang besar banner Dilarang membawa dan menyalakan LASER POINT selama pertandingan dijalankan.

Whatever it is, Tahniah buat kejayan Malaysia mengalahkan Indonesia. The best larh..

Dewi Persik tempelak coli laser Julia Perez


JAKARTA: Hasrat Julia Perez atau Jupe memakai coli laser pada perlawanan akhir kedua Piala AFF ditempelak oleh musuh ketatnya, Dewi Persik.
Dewi ketika mengulas niat Jupe itu menyifatkan hasrat musuhnya itu sebagai lawak bodoh dan tidak tepat dalam usaha menyokong pasukan bola sepak Indonesia dalam perlawanan menentang Malaysia semalam.

“Biar saja dia nak pakai apapun. Saya tak peduli. Tetapi perlawanan ini mengenai harga diri bangsa.
“Kerana itu saya merasakan kita perlu berdoa, bukan tampil dengan keadaan separuh bogel,” kata Dewi Persik atau Depe.

Jupe sebelum ini berkata, dia akan muncul dengan coli laser dengan tujuan membutakan pemain Malaysia.

Depe, dalam pertemuan dengan wartawan media hiburan Indonesia itu turut menyuarakan harapan agar pasukan Indonesia yang dibelasah 3-0 dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur, menang kali ini. - Agensi

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Malaya beraksi ganyang garuda


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
BERJUANG HINGGA TITISAN YANG TERAKHIR, MEMARTABATKAN NAMA NEGARA.

"ITU DIA SEMANGAT HARIMAU MALAYA"

Malam ni penentu samada Piala AFF Suzuki akan di bawa kembali dari Indonesia. Petang ini tepat 6.30 petang, negara kita Malaysia akan turun ke padang bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Doa dan harapan akan mengiringi perjuangan pasukan bolasepak kita di sana.
Harimau Malaya hendaklah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal bagi mengaharungi cegala cabaran dipadang bola selain itu

PERTAMA daripada cabaran sinaran leser

Haa.. nie ade satu contoh cara mengelakkan dari pancaran leser ada lah dengan menggunakan cermin mata.. mungkin agak bodoh sket la sewaktu beraksi..hehe.

KEDUA daripada cabaran Julia Perez.

Julia Perez berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF
katanya: “Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,”

KETIGA daripada cabaran Tok bomoh indonesia

Bahaya nieh bomoh-bomoh indonesia..nti dye pakai hantu pulak.

Kepada Team Harimau Malaya disini aku nak memberi sokongan supaya balik dengan satu kejayaan besar dimana dapat menjadi igauan buat Indonesia...hehe

Selamat menjaringkan gol.. Banggakan sukan negara demi tanah air tercinta


BURUNG GARUDA TERBANG TINGGI-TINGGI
HARIMAU MALAYA BERLARI-LARI

BURUNG GARUDA DI BAHAM MATI
HARIMAU MALAYA SENYUM BERDIRI

Tuesday, December 28, 2010

Wow | Kereta terbaru PDRM

Klik tuk tumbesaran gambar

Ape yang ak nak kongsikan kat korang kali ini adalah kereta PDRM yang baru, ak tak tau la benda nie da kuar kat paper ker or kat telivisyen and korang pon da tau kot.

Adakah PDRM benar-benar akan menggunakan Forte, Camry, Corolla Altis, atau Sportage sebagai kereta peronda rasmi deorang. Tapi, kenapa tiada Proton Inspira di situ? Adakah pihak PDRM tidak yakin akan kemampuan kereta buatan tempatan? Kah Kah Kah kereta polis Mitsubishi Lanser ade tapi kenapa tidak Inspira?? Mungkin belum lagi kot...

Ape pon kte tengok gambar-gambar yang aku dapat nieh, agak stylish gak ar ala-ala kereta polis luar negara.Tak pasti la samada berbaloi atau tidak nieh.


" Dua kali pandang sume kereta nieh da ikot macam Needforspeed Mostwanted dah..hee "


[ KIA FORTE EDITION ]

Nie untuk Police level brape nieh?? im wonder

[ KIA SPORTAGE EDITION ]

Just like a SUV dlm Needforspeed Mostwanted


[ TOYOTA CAMRY EDITION ]


Mungkin jugak ini lah masa untuk pasukan polis mengalihkan pandangan kepada kenderaan-kenderaan yang berkualiti dari luar negara...hehehe


Butterflies in the stomach



"Butterflies in the stomach is a phenomenon characterized by the physical sensation of a "fluttery" feeling in the stomach "
wikipedia

Bunyi nyer "Butterflies in the stomach" cam sedap jer didengar dan mcm best jer..tp peritnye.adusss..

Semenjak kebelakangan nie perut ku sakit gelisah jer...ak tak tau la pe kesnye. Hari sebelumnya aku g main futsal bersama-sama dengan housemate, mula-mula cam pikir banyak kali la jugak nak main ke idak " dah lame da tak berfutsal nieh" akhirnya dengan hasil ajakan pujuk rayu kengkawan aku pon join gak la..nanti ape deorang kate la pulak.

Sketsa di Padang futsal


Setelah sekian lama tak bersukan mula-mula rase cam berat jugak la.. ak bukan hebat sangat pon bermain futsal ak main biasa-biasa la, kebiasaan nye klu main futsal mmg ak jadi keeper je so skill ak bermain bola xde la hebat sangat.

Setelah lame main kesian pulak tengok keeper yang bertungkus lumus..sampai lututnye dah luka, aku pulak mengofferkan diri untuk menjadi keeper.. mula-mula cam kekok gak da lame tak berfutsal, ble dah dapat rentaknye..haaaa mule lah ak start cam dulu balik dive sane dive sini haha.. skill-skill keeper aku yang lame keluar balik. Memang bersepah la kena rembat, tak nak mcm shaolin soccer la pulak. Ade satu part yang paling perit, aku di rembat depan-depan tepat kena tang perut... ini lah permulaanye perut aku jadi tak betul agaknyer.

Malam tu balik terus terbungkang tido..ke esokkan harinye. di pagi hari perut sakit , lutut sakit, lengan sakit, kangkang pon sakit..tampa menghiraukannya terus mandi dan bersiap-siap untuk ke Annual Meeting Company kat JB

Sketsa di Meeting Room

Present ERP tuh..hehe

Pagi tu cam ok jer..and then alamak meeting room tingkat 3, waduh... naik tangga pulak tuh. Mase tuh baru tau yang kaki nie betul-betul sakit pada bahagian kedua-dua lutut. Satu-persatu anak tangga ku daki, Allah sakitnye. Terencot- encot la jugak.

Sebelum aku nak present tuk annual meeting perut da mula tak sedap " perut pening " haha. Bak kate member ak yang nak present nie pulak dalam perut tu ade rama-rama kot.."Butterflies in the stomach" Haha.. aku kebingungan ape die tuh. Rupe-rupenye tu satu bidalan owg putih. Maklumlah English aku bkn hebat sgt pon. Hehe.

Balik jer dari meeting, da kemas2 sampai rumah bermandi manda bwu la perasan rupenye kedua-dua lutut nie lebam rupenye... ades patut la perit aku berjalan melangkah tangga...damn~

Mungkin semenjak kebelakangan nie cara pemakanan aku tak betul kot sampai jadi mcm nieh...

" perut oh perut "

Akan postkan 7 aktiviti yang tidak patut dilakukan selepas makan akan datang.

Ape nak jadi dengan anak dara sekarang...

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.


Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…


KAH KAH KAH ....

Monday, December 27, 2010

Lawak | Versi bola sepak

Sempena kemenangan bola sepak kepada Malaysia , ak nak postkan satu lawak nieh yang aku jumpe.

Risiko Bersuamikan Pemain Bola..hehe


YeAH | Tahniah Malaysia...

Ingin mengucapkan tahniah kepada team Malaysia yang berjaya menewaskan Indonesia 3-0 Piala AFF Suzuki 2010 pada final pertama di Bukit Jalil. Dengan bekalan tiga gol Insyallah Malaysia dapat menjuarai piala ini apabila bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno pada 29hb ini.

Semangat pemain Malaysia memang harus dipuji tetapi sikap segelintir penyokong Malaysia yang menyuluh cahaya laser hijau kepada penjaga gol Indonesia Markus amat dikesali. Ini menjadikan alasan pihak lawan untuk seperti menjadikan isu laser ni sebagai punca kekalahan mereka di Facebook dan twitter.

Kelakar mase Malaysia nak mik sepakan percuma, penjaga gol indeonesia cam merajuk taknak main.. pemain Malaysia dah ready da time tuh nak wat sepakan.

Penjaga gol Indonesia agak lame merajuk menyebabkan perlawanan tergendala seketika...hehe

Ultraman tolong pancarkan cahaya leser lagi pada perlawanan akan datang...hehe.

Ultraman : "cam tak perlu leser pon Malaysia boleh menang, aku tolong tengok goyang kaki jer "


Selepas nie indonesia akan ingat no 26 nieh...hhee sebagai angka keramat

ANGKA KERAMAT 26 MENJADI IGAUAN RAKYAT INDONESIA..

26 DISEMBER 2004,TSUNAMI DI ACHEH..

26 MEI 2006 GEMPA BUMI DI JOGJAKARTA..

26 JUNE 2009 GEMPA DI TASIK MALAYA..

26 OKTOBER 2010 TSUNAMI DI MENTAWAI..

26 OKTOBER GUNUNG MERAPI MELETUS..

26 DISEMBER 2010,GARUDA INDONESIA DILANYAK HARIMAU MALAYA..

Saturday, December 25, 2010

Terbunuhnya Jurufoto perang

Dibawah ini satu video klip diklasifikasikan(dokumen rahsia) tentera US, telah disiarkan oleh wikileaks.
Dirakamkan melalui helikopter apache menunjukkan pembunuhan semberono terhadap orang Iraq -termasuk dua kakitangan Reuters.

Cerita nie dah lame rupenye... tp aku bru jumpe and saksikan sendiri video sulit nieh.




Kalau dilihatkan memang geram jugak macam main tembak jer just alasannyer sebab mereka bersenjata padahalnye camera.
Bergelimpangan mayat yang telah ditembak, tu pon seorang yang masih bernyawa hendak ditembak jugak...
kemudian van yang cuba untuk menyelamatkan mangsa tersebut juga ditembak.
selain itu, Pihak tentera US tidak mendedahkan bagaimana kakitangan Reuters terbunuh, dan menyatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana terdapat kanak-kanak yang cerdera.

Namir Noor-Elden antara seorang jurufoto perang yang terbaik dan beliau adalah seorang jurnalis Reuters

Rentetan kejadian berdarah tersebut



Oh hari Kristmass rupenye


Di sini aku nak mengucapakn Selamat menyambut krismass kepada yang menyambutnya...
aku tak sambut pon...hehe
Entri nie ak nak postkan gambar pelik n mungkin kelakar kot sempena sambutan kirismass nieh.
Aku notify counting hari kristmass nie pon just kat ebay aku atas dye ader tulis brape hari lagi nak krismass jangan salah paham ek..hehe

kepada si anjing2 yang menyambut krismass nieh lawak kot..sape yang sambut krismass bela lah anjing conform pokok tu hidup segar..hehe

ish-ish tong pon jadi nak wat cam pokok krismass.. nie pe kes pon tak tau lah pokok da takde kew, persiapan last minit tak sempat nak tebang pokok or ini lah cara mereka...hehe. WTH macam-macam depa nieh.


Ini pulak tak tau pe citer.. simpangnyer banyak ke ape or memang nak wat simbolik pokok krismass menggunakan traffic light hehe.. macam2 la deorang nieh.


Wednesday, December 22, 2010

Wow | The-real-life-paintings



Alexa Meade menggunakan cat akrilik untuk membuat subjek tersebut nampak seperti lukisan kehidupan nyata.

Mungkin anda nampak sepertinya satu hasil lukisan pada satu kain kanvas tetapi ianya bukan...hehe. Ini adalah satu Lukisan hidup lagi nyata. Lukisan ini nampak real kan.. kenyataannye ia mmg real..


KenyataanNye... Lihatlah sendiri..
Saya tahu ini sukar dipercayai, tapi ini memang hanya foto, bukan lukisan. Mr.Meade yang mahir menggunakan cat akrilik (acrylic paint) ke subjek dan latar belakang, dengan itu mencipta ilusi lukisan. Tidak tercapai akal mu dan anda menyedari bahawa art ini adalah orang-orang yang benar-benar nyata.

Tersengeh gituh...hehee
Yang kiri tu Mr.Meade yg terkenal tuh
( Alexandra S. Meade; lahir pada 3 September 1986)




tu dye..da macam pakai makeup. Tp nie makeup baik punye tebal lagi melekit basah-basah..hehe

Tu dia dah siap...mmg artistik betul..da mcm real artworks kat canvas

Mcm real kan...mmg real pon...hahaa

nie ade sorang pakcik nieh..tak kurang hebatnye jugak


Hasil copy mengopi nie sume dari hasil kerja ALEXA MEADE
bukan untuk publiksity tapi untuk shareshare..

Tuesday, December 21, 2010

PESANAN PENTING DARI TELEKOM


Dear All message to take NOTE,
Something interesting for family members to be aware
Urgent Message from TELEKOM To those who have a telekom home phone, please read. Here is the original text received from Telekom: If you get a call from someone identifying himself as a phone technician performing a test, and this person asks you to touch nine( 9 ), zero( 0 ),hash sign ( # ) and then hang up... Please REFUSE TO DO SO! By pushing 90# , you are giving the individual, who called you, access to your telephone line and allowing them to place a long distance call with the charges appearing on your telephone bill. We were further informed that line scam has been originating from many of the local jails/prisons.

Please pass the word around.

Monday, December 20, 2010

La La Kerjalah | Tamatnye Praktikal


Hari ini tamatnyer selama 3bulan ku praktikal kat company sampah..haha
sampah2 gak tp tu kira ade keje la jugak
dlu mse kerja, hari-hari same jer bosan byk kerja..
Hari-hari bangun awal tak puas tido
skunk nie da bis praktikal..nak wat pe duk umah siapkan report and prepare tuk exam thn depan.
Nie hidup baru da xde kerja
Duk umah tanam anggur..da xde keje duit pon xde.
Gelisah ku gelisah..ku harus kerja

So skunk ku harus start cari kerja... layankan lagu nieh dari
Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah



video



La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La Laaa… La Laaa…

Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja

Ooh! Lega rasanya
Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja

Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… Hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

La La La Laaa La La…
La La La Laaa La La…
La La La Laa La La…

Lirik La La La Kerjalah- Meet Uncle Hussain

Saturday, December 18, 2010

Wayang 3D | Tron Legacy

Filem: Tron Legacy
Dibintangi :
Jeff Bridges (Kevin Flynn/Clu)

Garrett Hedlund (Sam Flynn)
Olivia Wilde (Quorra) dan
Bruce Boxleitner (Alan Bradley/Tron)

Sam Flynn (Garret Hedlund), seorang anak yang ditinggalkan ayahnya Kevin Flynn (Jeff Bridges) secara misteri , membuatkan Sam terlalu obses untuk menemukan sang ayah hingga ia berumur 27 tahun. Kekecewaan terhadap ayahnya membuat Sam menghabiskan waktu seumur hidupnya mengadap dengan komputer dan teknologi dunia maya canggih. Kevin Flynn dikenal sebagai perancang video game terkemuka di dunia yang memiliki perusahan game Encom.

Sam mendapat kunci dari kawan ayahnya dan ke kedai lama milik ayahnya, ia berupaya mencari ayahnya sehingga termasuk ke dunia digital Tron yang dibuat ayah Sam. Di Tron, Sam dipaksa untuk bertarung seperti di dalam sebuah game melawan jaguh-jaguh dunia digital. Quorra (Olivia Wilde) menyelamatkannya dan membawanya bertemu dengan ayahnya di tempat persembunyiannya yang sudah ia tinggali selama 20 tahun.


Tengok Trailer nie dlu

video


Antara aksi-aksi yang best adalah sewaktu berlawan dengan jaguh-jaguh dunia digital tersebut dan sewaktu menggunakan motosikal yang teramat canggih. Motosikal tersebut dari sebatang stick yang apabila dipisahkan dua aka bertindak sebagai handle motosikal tersebut.

Saksikan perlawanan dan strategi untuk mengalahkan pihak lawan

Clu , Tron , Flynn
Clu adalah kembar tiruan Flynn dan Tron ciptaan Flynn


Clu, yang awalnya diprogram untuk membantu mengembangkan dunia itu dan berubah menjadi jahat saat ia menginginkan untuk menguasai dunia luar.

Namun, Clu semakin kuat dengan pasukan tentara virtual yang berhasil dibuatnya dan diprogram untuk melawan Kevin sang penemu dunia itu. Dengan dibantu Quorra, Sam, dan Kevin berusaha melawan Clu dan pasukannya untuk bisa lolos dari Tron dengan kendaraan dan senjata yang belum pernah diciptakan dengan teknologi canggih.

Tron Legacy merupakan film petualangan 3D teknologi tingkat tinggi dengan seting dunia digital besutan sutradara ternama Joseph Kosinski. Film Walt Disney ini merupakan film lanjutan dari seri pertamanya yang dikeluarkan pada tahun 1982 dengan judul Tron dan dibintangi juga oleh aktor peraih Oscar Jeff Bridges.


Movie ini dicampurkan dengan effect 2D dan 3D ada waktu yang tak perlu memakai speck 3D tuh. Effect memang best rugi klu tak g tengok yg 3D punya



Apa lagi JOM .... ak dah pegi dah. Terbaek Habaq Hang..