Saturday, June 18, 2011

Exam Just around the corner Tao "Watch Out'

Salam , huh....mengeluh seketika. Exam Just around the corner ...tu yang ku nak kata kan, tak lama lagi jer lagi tao akan Menduduki Peperiksaan NIOSH, Peperiksaan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. Tapi masih banyak yang belum tao menelaah lagi nieh.

Mak di kampung da bising exam ape lagi la kao amik nieh, Jap muet la tuet la..hehe,. Naiosh la pulak ape kebendenyer pulak tuh. Sabar jela. Heheee.

Tak lame Jer lagi, 28 dan 29 hari bulan nieh tao akan menduduki exam kat Niosh Bangi, bukan calan-calang exam nieh mememang exam perah otak. Jenuh nak baca Modul-modul Keselamatan dan kesihatan ade 4 modul la pulak tuh.

So maybe dalam minggu depan tao akan stap berbloging seketika.

Setiap hari , selepas pulang kerja jer terus menstudy kan diri dengan modul-modul yang melambak sehinggakan terstado jugak la keletihan. Tido pon tak berape nak cukup kebelakangan nieh.

Okay la...tao nak sambung sutdy..wich me luck ea...huhu

Tuesday, June 7, 2011

Ku rindu Gadis si Pemusnah Anai-anai

Da lame tak tulis post kat sini.. asyik post kat taotauajer jer, sbnar bukan ape just nk cari keseronokkan berbloging kat taotauajer nk lupekan kesedihan dan kesunyian kat situ.

Nie sy nak tulis entri yang agak emo. Terpendam dalam ingatan dan hati perasaaann.

Haaa... mesti tertanye dengan tajuk post nieh, sape kah gadis si pemusnah anai-anai, haaa.. itu rahsia tapi cuma ley citer sikit2 jer. Nti bocor lak rahsia.hehe. Just nak bagi tau, si pemusnah anai-anai tu bukan la keje dye tapi kalau dye baca pasal si pemusnah anai-anai nieh mesti dye tau post ini untuk dye.

Tapi tah kenape semenjak dua tiga hari nieh asyik termimpikan gadis nieh setelah sekian lama cuba untuk melupakan nya dalam beberapa bulan yang lepas. Dye pon da kawin, mybe happy ending la harapnyer.

Teringat balik masa mula-mula kenal dulu, siap main-main berpetah sebagai suami isteri yang sedang bergaduh..haha, mmg gua kalah la klu petah gn pompuan dimana perempuan nieh pandai mencari ayat untuk diputar belitkan jawapan kita dan pantul kena balik kat kita ( sory this my survey ) ...heheee.

Rindunyer saat-saat berchatting gan dye, mmg ssh nak dilupekan lagi2 suara nyer...wuwuuu

Nie pon da lame tak contact mybe da lost contact pon, asenyer dye pon da behenti keje n da jarang online...sabar jer la wahai hati

Dulu dye selalu singgah blog nieh dan baca post-post di sini, ade jer memang post-post sebelum nieh di tulis khas untuk dye. Harap-harap kalau dye terbaca post ini.

meski ku tk tahu lg engkau ada dimana. dengarkan aku, ku merindukanmu~­ ­

tapi takper mungkin ini mengajar ak untuk lebih tabah dalam menghadapi dugaan dunia yang fana ini pada masa akan datang. Lepas satu and satu dugaan, dugaan yang ade sekarang nieh pon tak abes2 lagi.

thanxs pesinggah hati...kau telah curi hati ku~


Thursday, May 19, 2011

My instinct

kenape la.. setiap kali tergerak hati jer mesti jer nampak and terserempak. pelik betul macam gerak hati nieh di bagi tau, atau allah saja nak bagi ak nampak...hrmm

kalau sekali tak pe la.. patut la rasa semacam tetiba berdebar-debar jer, rupe-rupenyer hrmm.. Macam saja jer ditemukan.

Rasa geram pon cam ader. semakin laju jantung berdetak + rasa panas meluak-luak dlm diri. Tapi nak buat macam mane sabar jer la dengan hati yang tidak tenang. Mood pon ilang da memikirkan nyer.

Bukan marah tp rasa jelous kot..haha. tah kenape jer rasa debaran tuh.

Mybe we have a chemistry... but whut i can do? Just pendam n pendam jer.

everytime i try to not to, but its killing me inside.

rintihan puyuh~
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, April 18, 2011

" I pray for you, and you pray for me "

" I pray for you, and you pray for me " tu yang berlaku sekarang.. bukannya bermaksud saya sembahyang untuk anda dan kamu sembahyang untuk ku.. tetapi ku doa untuk mu dan kamu doakan untukku.

Sekarang nie seperti dalam dilema seketika, dan sepertinya meletakkan harapan yang tinggi untik mendapatkan jawatan pekerjaan di Petronas. Masing-masing meletakkan impian untuk bekerja disana untuk mencapai impian dan angan-angan yang tercipta semenjak kebelakagan ini.

Ku masih berharap, supaya dapat la agaknya.. ku masih menanti panggilan telefon dari pada petronas, dan berharap mendapat khabar berita yang baik dari sana.

hoping..hoping..hoping...

thanks for mendoakan ku sekali dalam doa mu, dan ku juga begitu sentiasa mendoakn mu dalam doa ku..

Mood: agak2 sadis gak , nak sangat pekerjaan tu.

okay la..nak sambung tulis post kat blog tautauajer...semoga doa ku dan doa mu dimakbulkan demi mengapai impian dan cita-cita untuk dipersembahkan kepada ibu dan bapa dikampung..

salam~

Monday, April 11, 2011

Setelah sekian lama Puyuh tidak berbunyi

Setelah sekian lama puyuh tidak berbunyi, dengan kesibukan mengelola blog yang lagi satu iaitu http://taotauajer.blogspot.com dan juga sekarang saya sudah bekerja.

Sekarang ini, blog bilapuyuhberbunyi ini akan menjadi blog personal puyuh. Dimana taglinenya pon akan berubah, "Puyuh berbunyi untuk menyatakan apa yang terlintas atau terusik di fikiran dan dihati ini untuk dikongsikan bersama".

Pada blog ini, puyuh akan menceritakan hanya kehidupan seharian apa yang dilalui dan apa yang terlintas di fikiran akan dituliskan disini.

Nantikan artikel2 akan datang dari puyuh !

tweet tweet..huhu

sekian salam dari puyuh.

Monday, February 14, 2011

P E R S A H A B A T A N

Photobucket

Apa yang kita alami demi sahabat kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuatkan persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering dilanda dengan pelbagai rintangan yang dihadapi bersama, tetapi
Persahabatan sejati saja dapat mengatasi rintangan tersebut bahkan
terbina bersama kerananya

Persahabatan itu tidak terjalin dengan sendirinya tetapi
memerlukan masa yang panjang seperti menajamkan besi
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai-bagai perngalaman suka dan duka,
dihibur-disakiti,diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabai, dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak disengajakan diperlakukan
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghidari perselisihan, malahan mengongsikan masalah sesama sahabat,
justeru kerana kasihnya, ia memberanikan diri menegur sapa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya untuk berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat sejati memerlukan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, sebagai sahabat kita perlulah memberikan
bantuan, perhatian dan nasihat.

Kerinduannya adalah sebahagian dari kehidupan bersahabat
Jagalah sahabat anda dan juga persahabatan
jangan lah diputuskan melainkan putus itu disebabkan kematian.

I love my relationship


Thursday, February 10, 2011

Dunia bloging ku

Semenjak kebelakangan nie dah tak banyak yang ku kongsikan dan ku tuliskan post pada blog ini. Ini adalah kerana daku telah membuat satu blog yang terbaru iaitu taotauajer dimana disitu daku akan kongsikan perkara-perkara yang ku dapat dan ingin dikongsikan kepada para pembaca.

Try-try la ushar blog yang baru ini



Dimana berkonsepkan sesama kita kongsikan idea, pengalaman dan ilmu yang kita dapat sepanjang kehidupan seharian.Blog tersebut juga masih lemah dan tidak ramai visitor. Same jer dengan blog ini, tetapi terdapat jugak yang agak merepet so daku taknak la campur adukkan dengan blog ini. dimana blog ini adalah luahan bilapuyuhberbunyi.

Walaubagaimanapun, bukan lah bermaksud untuk ku berhenti menulis pada blog ini. Blog ini tetap akan aktif dan akan ku updatekan untuk di kongsikan kepada anda semua.

Lawati blog baru ku taotauajer.blogspot.com
sila lah follow blogterbaru saya itu anda diperlukan bagi menyokong blog ini.

Sunday, February 6, 2011

Nickname ku pada Model kapal terbang terbaru WOW..

Ape ke binatang nieh? mesti pelik kan..ape kebenda nyer nieh and ape la pulak kaitannya dengan tajuk post nieh kan....

Bukan ape sewaktu layan-layan melayari internet untuk mencari bahan tuk blog taotauajer.blogspot.com tuh tertiba jumpe satu kapal terbang yang pelik nie dekat Gizmodo.com dan yang lagi peliknya ade nick name aku tuh..hehe.

Nama kapal terbang nie adalah The Sanswire - TAO STS - 111 dimana TAO tue nama nickname aku.hehe manakala STS pulak adalah nama dalam Fb aku iaitu Syafiq Tao Slayer aka STS .... hehe.

The Sanswire - TAO STS - 111 ini adalah UAV- Unmanned Air Vehicle , UAV ini dapat terbang sendiri untuk tempoh yang sangat panjang dengan menggunakan kuasa tenaga sel-gas untuk membentuk tenaga elektrik.

Haha..pelik jer, ape aku merepek pulak nieh...hehe. Layankan lah video dari Gizmodo nieh...


Friday, February 4, 2011

Kesunyian kesepian


Hari nie dah hari ke tiga dah ku keseorangan di negeri orang ... kengkawn sume balik kampung. Rasa sunyi tampa mereka-mereka ini sorang ke Perak sorang dah ke Melaka. Setiap malam hanya bertemankan laptop sambil berfacebook dan layan X-fm online, keluar makan pon sesorang kat tempat biasa "Ceker" hehe.

Bos kedai tu mmg da kenal aku, co cam pelik jer..biasa reramai tertapi semenjak kebelakangan nie makan sesorang je ke bro..hehe. Ye la bos nak wat cane sume da lik kampung...hehee

walauapepon sudah menjadi kebiasaan ku apabila raya cina tak lik kampung. Tapi kenapa kali nie rasa sunyi sangat... wuwu. Miss u all...hehee

Layan kan lagu nieh... cam xde kene mengene jer gan lagu nieh..hehe layan jer lah


Walaupape pon thanks ade gak kengkawan yang care sal aku tanye da mkn ke blom...hehe. Terharunye. wuwuw

Rase tak sabar pulak untuk menantikan kengkawan balik dan hang out keluar sesama lagi...huhu.

Selama 3 malam nieh ak da sibuk mengelolakan blog baru yang telah di buat iaitu TAOTAUAJER makanya ini adalah blog ke 3 dah..hehe
Kepada yang baru belajar nak wat blog tuh.. pelan-pelan kayuh ek..belajar sampai pandai..hehee

penantian masih diteruskan sehingga malam-malam berikutnya...wuwu..


"Tiada hadiah yang lebih baik daripada nasihat yang baik"

Thursday, February 3, 2011

Bloglist terjah bangku kosong

Assalamualaikum...tadi baru terbaca satu blog nieh..dimana kat blog nieh dye nak cari mana-mana blogger yang berminat untuk mengisi tempat dalam bloglist dye nieh. Sebab dye suke terjah-terjah blogger2 lain.

Dimana untuk bloglist dye nieh terbuka kepada 60 bloglist.. 30 blogger lelaki dan 30 blogger permpuan. So ape lagi aku try grab jer la peluang nieh..hehee

Kepada kengkawan yang lain boleh la try ushar2 blog Bangku Kosong

Im a guy...hehe =)

Rintihan seorang pelajar Mesir


Atikel ini adalah ku dapat kat Facebook untuk dikongsikan bersama..tetapi ini bukan aku.hehee


salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.


takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.


ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,


http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html

http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html


apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?


betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.


yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?


aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?


ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.


ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!


sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.

sampai bila?

nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?


kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.


sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.


kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.


banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina di ucapkan


Ape yang korang dapat bayangkan dengan perayaan tahun baru cina?? Letupan mercun dan thunderclap kat ruang angakasa...hehe

Sebelum tuh aku nak ucapkan sekali lagi kepada kengkawan sumer Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnye la ea...hehe

Seperti kebiasaan tahun baru cina jer ak tak balik kampung, tahun nie pon same jugak. Memang keseorangan lagi lah nampaknye. wuwu~

Ape deorang buat masa Tahun Baru Cina yer?? hrmm...
Sambutan Tahun Baru Cina di sambut dengan menziarahi ahli keluarga saudara mara dan sahabat.

Tahu kah anda sambutan Tahun Baru Cina selama 15 hari~

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini sebagai simbol betapa eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, daging salai, tiram berkicap, kuih pulut, sayuran ‘prosperity’ dan limau mandarin.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’, yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru telah bermula.

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas tahun baru cina, perayaan ini ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh yang juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
petikan~sesedap biskot abang

HAPPY CHINESE NEW YEARS 2011

FREE ANGPOW... GRAB IT NOW HERE

Anda tergolong dalam 1.5 juta orang mendapat Email dari Dato Seri Najib Razak ?

Salam 1Malaysia..hehee
Tak sangka dalam puluh-puluhan ribu email dalam inbox terselit satu email dari Dato Seri Najib Razak, dah 2,3 hari lepas sebenarnya dapat email nie.. tapi ingatkan ape la, spam kew or fake email. So aku abaikan jer email nie sebenarnya.

Lepas tuh ade terbaca kat blog seseorang nie, katenye keluar kat buletin tv3 mengenai email yang dihantarkan oleh Dato Najib Razak dan hanya 1.5 juta pesanan email sahaja yang dihantar kepada yang terpilih.


Aku terpilih...hahaaa, bangga la sangat.. korang pon mesti dapat punye kan! 1.5 juta banyak tuh. Tergolong gak dalam kumpulan 1.5 juta orang yang menerima email ini daripada 27 juta rakyat Malaysia.

Owh.. dengar-dengarnya email nie kebanyakannya dihantar kepada blogger-blogger di Malaysia, dimana apa yang dipahamkan bahawa Dato Najib Razak hantar kepada kebanyakan bloggers Malaysia.

Huhu.. terima kasih Dato Najib ingat gak kat aku....haha (perasan la pulak)

Oleh itu, dengan kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat 1 Malaysia


Free Angpow Tahun Baru Cina



**********

Berikut adalah ucapan Dato Najib Razak dalam email tersebut


Salam 1Malaysia!



Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!

Monday, January 31, 2011

Lagu Insya-Allah Maher Zain Versi Bahasa Melayu


Mantaplah.. lagu Insya-Allah Maher Zain dalam versi Bahasa Melayu... tetapi tak tau sapekah gerangan yang menyanyikan semula lagu ini. Ade desas-desus mengatakan Maher Zain sendiri yang menyanyikannya dalam versi bahasa melayu ini. Lagi pon dari suara dan caran nyanyian memang macam Maher Zain yang nyanyikan. Klu Maher Zain yang nyanyikan Good Job lah..

kini telah disahkan bahawa lagu ini Maher Zain yang nyanyikan dimana lirik-lirik ini telah digubal ke bahasa melayu oleh para Nasyid di negara kita sendiri.

Kita nantikan lagi Maher Zain yang lain dalam versi bahasa melayu


Sunday, January 30, 2011

Wow | Ikan Pelik

Pada awal bulan yang lalu aku telah pergi memancing di tali air dekat tanjung pelepas. Bukan pengalaman yang hendak ku ceritakan disini tetapi adalah sewaktu pukat telah dipasang tetiba pukat seperti di sentap mybe ikan besar.. memang berbeza la sentapan tersebut.

Tarik punya tarik...mak aii, beratnye... hitam pulak tuh. Mula-mula ingatkan keli kew ape....dah angkat , Ikan ape nieh.. kepelikan jugak. Nah kao tengok.

ikan ape nie hah?
ade besar kaki aku dah


Mcm ikan bandaraya @ ikan lumut.. yer la tuh kott. And then tadi, berlegar2 di laman web http://news.nationalgeographic.com terjumpe satu artikel nieh TEN WEIRDEST NEW ANIMAL 2010
kemudian jumpe satu gambar yang hampir sama dengan ikan yang aku dapat tangkap tuh.


dimana ini adalah sejenis ikan berperisai, dikenali sebagai wood-eating catfish. Gambar diatas diambil hutan hujan Amazon pada sebuah pohon tumbang di Sungai Santa Ana, Peru pada tahun 2006.
Atau dikenali sebagai Suckermouth armored Catfish, dimana menggunakan giginya yang unik untuk mengikis bahan organik dari permukaan kayu yang tenggelam. Yang peliknya adalah ikan ini memakan kayu.

Ini adalah gambaran bagi gigi haiwan tersebut

Pelik kan.. itulah kehebatan ciptaan tuhan..

Monday, January 24, 2011

Keindahan wanita ciptaan Allah

nie ade satu cerita yang ingin di sharekan cos ramai yang tagged kan nama mereka pada post nie kat facebook aku.

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?""Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya."Aku tidak mengerti",kata anak itu.Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapaibu suka menangis tanpa alasan?...""Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.Anak laki-laki kecil itupun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"Allah berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Akumembuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukuplembut untuk memberikan kenyamanan ""Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ""Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ""Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ""Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ""Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu""Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untukdigunakan bilapun ia perlukan.""Kau tahu; kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.""Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."Kirimkan ini kepada setiap wanita yang anda kenal hari ini untuk memperingati Wanita. Jika Andalakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah...Setiap Wanita itu Cantik.

Wednesday, January 19, 2011

7 kelebihan orang bodoh


Bill Gates (Microsoft), Dell, Henry (Ford), Thomas Alfa Edison etc.., Adalah orang-orang Bodoh yang kaya. Ribuan orang-orang pintar bekerja untuk mereka. Dan puluhan ribu jiwa keluarga orang pintar bergantung harap pada orang bodoh. Anda tahukah ape kelebihan orang bodoh nie??? hrmm..

1. Orang bodoh sukar untuk mendapat kerja... jadi dia bersenang lenang mencari apa saja pekerjaan untuk
sesuap nasi. Orang pandai memerah otak untuk mendapat ijazah supaya senang mendapat kerja

2. Orang bodoh selalu melakukan kesalahan, maka dia mengambil orang pintar yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang kesalahannya. Sebenarnya orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk mengikut kehendak orang bodoh.

3. Orang pintar berusaha mendapatkan ijazah untuk mendapatkan kerja. Orang bodoh berfikir mendapatkan wang untuk membayar gaji dan ijazah orang pintar.

4. Orang bodoh tidak tahu menulis dan mengira, maka disuruh orang pintar untuk membuatnya.

5. Orang bodoh hanya berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu, Sebaliknya orang pintar berfikir panjang untuk kejayaan bosnya orang b0doh

6. Waktu bisnes orang bodoh maju, orang pintar akan menghabiskan waktu bekerja keras untuk mendapat bonus, sementara orang bodoh menghabiskan waktu bercuti dan bersenang-lenang dengan keluarganya.

7. Mata orang bodoh akan mencari apa saja yang boleh dijadikan duit. Mata orang pintar selalu mencari perkerjaan dan pangkat dari orang bodoh.

Adoyai...orang bodoh pon ade kelebihan yang diberikan. Rezeki depa la..

Tuesday, January 18, 2011

7 perkara merbahaya selepas makan


Nie ak nak share cos sblum nie ak kna gastrik mybe dsebabkan oleAdd Imageh salah makan or tindakan yang tidak sepatutnya selepas makan.

1.Jangan merokok dimana eksperimen dari yang pakar membuktikan bahawa menghisaprokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok...tu yang kate best lepas makan tuh
( kebarangkalian untuk mendapat kanser adalah lebih tinggi )

2. Jangan terus makan buah - makan buah selepas makan akan menyebabkan perut menjadi buncit kerana dipenuhi udara. Sebaiknya makan buah-buahan 1-2 jam selepas makan ataupun 1 jam sebelum makan

3. Jangan minum teh - ini kerana daun teh mengandungi asid yang tinggi. Kandungan in akan menyebabkan kandungan Protien dalam makanan menjadi keras dengan itu susah untuk dihadam.

4. Haha..Jangan longgarkan tali pinggang anda - ini akan menyebabkan usus tersekat

5.Jangan mandi selepas makan - ini akan menyebabkan pertambahan pengaliran darah ke tangan, kaki dan badan oleh itu pengaliran darah pada perut akan berkurangan dan dengan ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut.

6.Berjalan-jalan - Berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman menjadi tidak boleh menyerap nutrien dari makanan yang dimakan

7. Terus tidur - Makanan yang dimakan tidak akan dihadam dengan sebaik2nya. Dengan ini akan membawa kepada sakit gastrik dan jangkitan kepada usus anda.

Kepada anda..mesti penah amalkan nie semua kan kan...


Doodles Monster Artwok


Akhirnya, dapat jugak aku hantar artwork ke PROJECT RAKSASA DOODLES under Squeak Art Asia yang berlangsung dari 2 Dec 2010 sehingga 31 March. Walaupun agak kesibukan kebelakanga nie. Kerungsingan membuatkn aku suka main conteng2. Dibawah ini adalah artwork yang telah diterima oleh Squeak Art Asia.

tu die watermark dari squeakartasia.com

Ini adalah PSP yang telah dimonsterkan, asalnye nak conteng2 jer maklumlah da lame da tak melukis idea nak lukis PSPmonter nie asalnye daripada idea nak membeli gadget baru tuk tahun nie.

Gadget tahun nie? hrmm... asalnye nak beli camera bak kate mber " kotah hitam..kat leher" hehe, pastu terpikir la pulak nak beli PSP cos ade game boleh main bosan2. Semenjak itu, fikiran ku jadi kacau..nak PSP or Cam DSLR..maka tersebut la kisah pena di kertas conteng2 tup tup jadi la gambar PSP vs DSLR

tengok tuh... PSPmonster vs DSLR

Gambar yg dua eko nie aku tak hantar kat Squeak Art Asia cos cam bosan jer, so ak hantar yang PSPmonster tu jer dan diterima oleh Squeak Art Asia dan dimasukkan ke dalam Projek Raksasa Doodles Album #3

Monday, January 17, 2011

MILO contest main game


try click for a large picture

Main 3 fun game sekarang dan berpeluang mememenagi Hadiah utama


Play 3 fun games and win big prizes like Macbook Air and iPhone4with MILO Fuze!

ini adalah peluang kepada anda untuk masuk dan cuba memenangi pertandingan ini.

4 Langkah mudah

Bila perempuan berbicara

sekadar gambar hiasan

So kpd kaum laki sekalian, sini da tips sikit yang hendak dikongsikan gan korang ketika anda berhadapan dgn pompuan. Tips nie tentang maksud sebenar perkataan2 yg pompuan slalu guna, kita perlu gak paham ape isihati deorang nieh.

Saturday, January 15, 2011

Best Korean Drama streaming website in Malaysia!



try click for a large picture

To all Korean Drama Fan this is your best streaming websites for you !!

Watch all the hot and latest Korean drama for Free ! Stream high-quality videos without downloads or buffering. Catch all the amazing drama like Boys Over Flowers, Cinderella Man, Coffee Prince Slave Hunters and many more now!

mesti korang tercari-cari video korea yang boleh tengok streaming kan. Nie aku ade nak share, aku jumpe website nie free dan video streaming high-quality.

Di dalam website ini terdapatnya:
video drama korea mengikut tajuk dan episod
K-POP music ~ musik-musik dari korea
selain itu, banyak lagi yang akan diuploadkan ke dalam websites tersebut..
weeee~

too see the websites click this link above
Korean Drama streaming website

Zodiak anda berubah?? Ophiuchus zodiak baru

Ophiuchus zodiak ke 13

Bila selama ini kita hanya mengenal 12 zodiak yang melingkupi tanda kelahiran kita, sekarang sudah tambah satu lagi. Iaitu Ophiuchus, yang sekaligus menambah jumlah Zodiak menjadi 13.

Pertambahan zodiak ini disampaikan oleh ahli astronomi Parke Kunkle kepada NBC, Rabu (12/1) lalu. Menurutnya bahawa pelarasan kedudukan Bumi dengan Matahari telah berubah dalam 3.00 tahun terakhir, ketika kajian bermula astrologi dan tanda-tanda Zodiak diperuntukan. Beberapa astronomi percaya pada tanda Zodiak yang di sebut Ophiuchus, yang jatuh antada Scorpio dan Sigitarius.

Ophiuchus juga dikenali sebagai Serpentarius, pemegang ular atau naga

Tanda zodiak ke-13, tidak seperti 12 tanda-tanda lain. Zodiak ini digambarkan dengan orang yang nyata. Pada abad 27 SM di Mesir Kuno tinggal seorang lelaki yang dikenal sebagai Imhotep. Orang Yunani kuno lebih mengenal Imphotep sebagai Aesclepius’. Ciri-ciri yang sama dengan nama yang berbeza.

Salah satu kemampuan Imhotep adalah penyembuhan. Berdasarkan cerita legenda, dialah yang memperkenalkan cara penyembuhan penyakit kepada umat manusia. Pengetahuannya tentang ubat-ubatan sangat luas. Bahkan, ia dikenal sebagai seorang yang ahli dalam membuat ubat. Simbol ular yang masih digunakan hingga saat ini untuk melambangkan medik, juga digunakan untuk mewakili Imhotep.

Lambang simbolik Ophiuchus

Uraian berikut ini adalah berkaitan dengan zodiak baru,

Ophiuchus : banyak orang yang dengki dengan kejayaan yang dicapainya sepanjang hidup, seorang pencari kebijaksanaan dan pengetahuan, dicemburui banyak orang, suka berkelana, fanatik dalam berpakaian, menyukai warna-warna cerah, lebih condong berkerja sebagai arkitek besar atau pembangun, nombor 12 menandakan nombor keberuntungan orang yang dinaungi zodiak ini, kebanyakan orang yang lahir dalam zodiak ini memiliki keluarga besar, tapi meninggalkan rumah pada usia muda.

Berdasarkan zodiak yang sudah update, tanggal beserta zodiak berikut akan berlaku:

1.Capricornus: antara 21 Jan - 16 Feb (26 hari)
2. Aquarius: antara 16 Feb - 11 Mar (24 hari)
3. Pisces: antara 11 Mar - 18 Apr (38 hari)
4. Aries: antara 18 Apr - 13 Mei (25 hari)
5. Taurus: antara 13 Mei - 22 Jun (40 hari)
6. Gemini: antara 22 Jun - 21 Jul (29 hari)
7. Cancer: antara 21 Jul - 10 Ags (20 hari)
8. Leo: antara 10 Ags - 16 Sep (37 hari)
9. Virgo: antara 16 Sep - 31 Okt (45 hari)
10. Libra: antara 31 Okt - 23 Nov (23 hari) (skunk aku berzodiak LIBRA)
11. Scorpius: antara 23 Nov - 29 Nov (6 hari) (scorpio jadi 6 hari jer )
12. Ophiuchus: antara 29 Nov - 18 Des (19 hari)
13. Sagitarius: antara 18 Des - 21 Jan (34 hari)

Sekarang..cube lihat ape zodiak anda hari ini..

Untuk mengetahui lebih lanjut lihat Astrological Attributes of Ophiuchus

Handphone~

click for a bigger picture

credit to : comicstripblog.com

Thursday, January 13, 2011

Patch Pasukan Malaysia Untuk PES 2010


Gempak sungguh!! Setelah Harimau Malaya menjulangkan namanya pada Piala Suzuki pada bulan yang lalu. Kini Harimau Malaya muncul pula dalam PES 2010. Para peminat PES 2010 kini boleh mendapatkan patch khas untuk pasukan bola sepak Negara. dan menjadikan permainan anda lebih menarik sebelum ini.

Antara perkara baru yang dibawakan oleh patch ini adalah seperti kemaskini untuk kit dan jersi, dan menjadikan muka para pemain lebih realistik. Selain daripada itu, patch PES 2010 untuk pasukan Malaysia ini juga membawakan kemaskini kepada formasi, bentuk rambut pemain, nombor pemain, saiz badan pemain dan juga posisi nombor pada jersi. Menariknya, menu navigasi Malaysia yang baru juga turut diperkenalkan.

Tu diaa main gan Manchaster United tuh

Bagi para peminat PES 2010, anda boleh memuat-turun patch khas ini, dan memasangnya pada permainan ProEvolution Soccer anda dengan mudah. Arahan ringkas mengenai pemasangannya disediakan di halaman rasmi PES 2010 Patch Pasukan Malaysia.

Pakaian seragam Harimau Malaya

Download
Patch Pasukan Malaysia


Cerita lawak kot dRBook ganti Facebook

Hasil dari propaganda yang mengatakan Facebook akan ditutup pada March ini berikutan Mark Zuckerberg dikatakan semakin stress dalam menguruskan facebook.


Muncul satu cerita mungkin lawak antarabangsa la kot.
Siapa tak kenal Dr.Rozmey. Seorang usahawan berjaya dan berkeyakinan tinggi dalam sesuatu yang diusahakan. Biarpun impian untuk mengaut keuntungan 40juta dari filem 2 Alamnya tidak berjaya , kini Dr Rozmey berkeinginan untuk membuka satu laman rangkaian sosialnya sendiri seperti sebuah rangkaian sosial iaitu facebook.

facebook. Dr Rozmey yang mempercayai khabar angin bahawa facebook akan ditutup pada bulan mac ini telah pon bercadang untuk membuka laman sosialnya sendiri dengan nama " dRBook" pada mac ini.

mcm nie la kot icon " dRBook " nye nanti kot

sama-sama kita tunggukannya..

La nie laman sosial 1Malaysia pulak da keluar...
tenggok kan jer la..

Dugaan permulaan 2011


Dugaan permulaan 2011 dimana permulaanya, 1 hb ku berseronok g memancing dengan jurulatih ( mls nak citer sal pancing ) balik tu g mkn sup daging yang sedap beserta dengan nasi goreng. Aku nie mmg gile spicy n pedas, bukan main sedapnye sambal kicap kedai tuh ku taruh sepedas mungkin siap mintak cili potong lagi..memang sedap memang kenyang. Memang sedap gak la kena 10 hengget.

Sekian di rumah, alamak perut rasa penuh sangat... kenyang sangat kot nie its ok. Tengah malam tu jugak la start mual dan sakit perut ya amat. Sehinggakan ku tidak tahan, aku muntahkan kesemuanya ( abis 10 hengget td ) da macam JackAss da~ its ok, kesakitan tu pon berkurangan.

memang terbaik la Bliss

And then, ak teringat tuk beli air Nestle bliss " skuk belikan bliss botol besar ". Puas tak terhingga selepas meminum bliss. Semenjak dari hari itu, sakit perutku berlanjutan dan semakin menjadi-jadi. ( selain itu, bersepah botol bliss dalam bilik aku nieh ) Setiap kali lepas makan jer, dalam 2 jam selepas tu aku akan Jack Ass
( muntah mcm citer Jack Ass ) habis sume keluar balik.

Sehinggakan ku tidak tahan baru la ak g ke klinik and suspect gastrik... sehari dua ok la cos makan ubat and then tetiba gastrik tu menyerang lagi perit dan pedih perut rasa sebu dan loya jer.

" Doktor amacam nie da makan ubat tapi still sakit... Doc: owh nie nak kena kasi lagi power"
tu kata doktor.. mmg berkesan berlambak jugak la aku amik ubat. kekadang macam da tak terkawal. Selagi sakit nie lagi banyak ubat nak aku ambik janji sakit itu hilang..

ubat nie best...manis dan rasa mint

Mungkin ini dugaan, udah la ku perlu tumpukan bagi menyiapkan WPA ( workplace assessment ) report yang sebijik macam PSM. Memang dugaan...

tu sebab aku da jarang post artikel kebelakangan nie...sibuk bagi menyiapkan report dan juga berlawan merangi kesakitan di dalam perut nie.

Masuk hari ini adalah hari yang ke-13. Alhamdullilah sudah beransur pulih.