Monday, September 20, 2010

Bila kita Bersedekah...



Kisah benar....yang terjadi kepada ku

Dalam dua hari yang lepas gua lepas jer mber ku hantar ku pulang ke rumah beliau meminta la 2ringgit pada ku..dengan hati yang ikhlas dan rela hati memberi dan dalam hati ku memangnya ingin bagi dan tak mengharapkan dia bayar balik duit tu..ku halalkan jer

"takpe lah sedekah jer lah, dalam hati ku berkata"....

Malam tersebut aku pergi jemputan beraya bersame 2 lagi kawan rapat ku.. sembang2 makan2 and dah nak balik tetiba tuan rumah tu bagi duit raya. Acehhh.. segan lak ak nak amik duit raya da besar-besar nie, tapi amik jer la dah org bagi..

kemudian aku tersedar sesuatu, ye ke dapat duit raya nie.. tetiba badan rase cam beremang jer.. betul ke betul ke dapat duit raya. Pointnye bukan sal happy dapat duit raya tetapi gua teringat sal barsedekah 2ringgit kepada kawan pada maghrib tersebut.

Setelah masuk kedalam kereta dan dalam perjalanan untuk pulang, gua ceritakansal sedekah kat 2 org mber nie... dan gua nak teka berapa duit raya yang diterima td. sebab ku mcm da dapat rasakan seperti amal yang dilakukan maghrib tersebut dibalas.

ok tengok jer aku bukak sampul nie yer... tanpa melihat gua selik sampul tu dan aku rasa ada dua keping duit. tak tau lg brape nie.. lalu aku pon teka. "ok aku teka ea dalam nie berkemungkinan ade 20ringgit" gua tarik duit tu, betul-betul muncul 20ringgit...Alhamdulillah.

So..cepatnye amal ku terbalas, gua bukan la nak riak pon. cuma macam boleh rase-rase pe yang berlaku. Allah nak balas perbuatan aku ini tadi...


"Kerana janji Allah, kalau kamu bagi satu Allah akan bagi 10 kali ganda.`Umat yg baik memberi dgn senang hati"


Sunday, September 19, 2010

Doa yg dimakbulkan seta-merta

Petang tersebut solat d masjid... setelah selesai mengerjakan solat aku pon cari port tuk berbaring, seperti biasa koridor ini lah ku lepak2 baring tyme kedet Palapes dlu. Teringat jugak kisah2 lame tyme dulu-dulu. Ku cuba untuk lelapkan mata buat seketika, kipas telah ku pasang tp still lg bahang panas masih dapat ku rasakan.

Kemudian bru ku berfikir sejenak yg dlu ak pernah buat hajad yang dapat dimakbulkan dengan serta merta.. dimana dlu ak tyme penat2 ak mintak pertolongan dari allah untuk datangkan angin meniup ku.

Ku mencuba kali nie, tengok agak2 nye jd lagi ke mcm dulu yg pernah ku lakukan. Dengan niat " Ya Allah datang kan angin yang meniup ke hamba mu ini yang sedang kepanasan " berulang kali jugaklah..dlm 3kali. dan dan lepas tu habis je berhajad tetiba jer kedengaran satu dentuman guruh. Keadaan diluar mcm ok jer mendung pun tidak.

Dengan tidak langsung ak pun masuk ke dalam masjid tersebut dan pasang kipas yg agak laju dari kipas yang di luar tadi lalu ak pun terbaring di tepi-tepi dinding masjid tersebut. Tak lame kemudian, tetiba kedengaran macam bising diluar. Tp aku masih rilex terbaring disitu pandang2 jugak cam terang jer diluar tu. Tetapi hati ku tergerak untuk meninjau keadaan diluar ye ku hujan nie..cam pelik jerk.

Lantas terus bangun dan menjenguk diluar, keadaan cerah jer.. tp tak nampak pon titisan2 air kat simin2 koridor dan tar jalan tersebut. Bunyi zink masjid tersebut bukan main kuat air menitik.. lalu ku terus keluar dr masjid, dalam perjalanan nak keluar tu bru ak terbau wap air hujan. sah...sah nie hujan, tetapi air hujan tersebut halus jer. Udara persekitaran pun makin menyejuk.

Terus...... Allhamdulillah....

Rahmat hujan turun hajad dimakbulkan rupa-rupanya..walaupon angin yang dijanjikan tidak datang rupa-rupanya ada hikmah disebalik nya "pucuk dipinta ulam mendatang" rupa-rupanya hujan yang turun untuk mendingin dan menyejukan persekitaran.


kita hendaklah mensyukuri nikmat tuhan dan juga hendaklah sentiasa mengucapkan allhamdulillah dengan nikmat yang selalu diberikan kepada kita. tetapi ku bersyukur dimana doa ku agak cepat dimakbullkan...Allhamdulillah..

Thursday, September 9, 2010

Selamat Menyambut AidilFitri

Selamat Hari Raya AidilFitri Diucapkan terutama semua kengkawan, Member PALAPES UTHM dan juga Member OSH. Dengan ini ingin mengucapkan mintak maaf sekiranya penah melakukan salah dan silap.

Disini juga ingin mengingatkan kepada semua supaya berhati-hatilah memandu samaada yg hendak balik kg tu.. kepulangan anda adalah dinantikan oleh insan tersayang.

Wednesday, September 1, 2010

Erti Kemerdekaan


Apakah erti kemerdekaan bagi diri anda...
Semua menyambut kemerdekaan dengan cara mereka sendiri, ada yang berkumpul berkereta dihiasi dengan bendera2 malaysia, ada juga yang bermotor beramai2 mengebarkan bendara dan tak terlepas bagi kanak2 pula dengan cara mereka dimana berbasikal dengan diikat bendera di basikal masing-masing.

Pada malam 30 ogos tersebut seluruh kotak media mendendangkan lagu2 patriotik dan tepat jam 0000H ruang udara dipenuhi dengan dentuman bunga api yang meletup dimana memecah suasana dingin dimalam itu.

Adakah anda menghayati erti kemerdekaan itu dan adakah anda rasa anda telah memerdekakan diri anda.. pikir-pikirkan lah.

im not perfect also~