Wednesday, October 27, 2010

Sotong Paul si ahli nujum mati Daa!!!



Sotong Paul yang menjadi isu hangat semasa pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan kerana meramalkan tepat keputusan-keputusan perlawanan penting disahkan mati pada pagi semalam (Selasa/26 Okt 2010)


Ini disahkan oleh Sea Life Aquarium, Jerman, pusat akuarium yang membela Paul. Paul yang berumur 2 tahun setengah dijumpai mati di dalam tangki tempat dia disimpan.

Dia mati disebabkan penyakit biasa pada sotong dan bukanlah satu yang pelik sotong mati dalam umur yang pendek. Jadi untuk kempen Piala Dunia yang akan datang hanya tinggal burung kaktua di Singapura yang akan meramal walaupun ramalannya tidak setepat Paul. Apa pun tekaan tepat Paul hanya kebetulan jer…

Mungkin anda ingin tahu tentang kisah sewaktu kegemilangan dan biodata Paul si ahli nujum nieh.

No comments: