Thursday, July 15, 2010

Nujum si sotong...retired?

Kali nie kisah nujum si sotong pula, vetebrata terkenal ini dengan nama sotong paul @ paul the octopus antara binatang yang mempunyai kebolehan untuk menilik keputusan piala dunia tahun ini (2010) yang mendapat liputan luas di merata dunia. Penggemar bola di seluruh pelusuk dunia terpegun dengan kehebatan haiwan ini meramal 8 perlawanan perlawanan tanpa mendapat ramalan yang salah. Kini ahli nujum ini akan bersara dari meramal mana-mana perlawanan bola sepak lagi selepas ini. Nampaknya sotong Paul ni akan tinggal sejarah dan menjadi legenda bolasepak..

BIODATA
BUKAN NAMA SEBENAR : PAUL THE OCTOPUS
UMUR : 4@5 TAHUN
ASAL : Fiona Smith dari Sea Life Park, Weymouth, England
TEMPAT TINGGAL: sea life centre oberhausen, jerman
SKILL: meramal piala dunia 2010


paul digunakan untuk meramal seperti; kerang diletakkan ke dalam tangki dan kedua kotak mempunyai bendera negara.. sotong paul digunakan untuk membuka penutup kotak dan kemudiannya sotong paul perlu memilih makanan dari salah satu kotak.. kotak yang dipilih akan menjadi pasukan yang menang. Itu adalah mudah bagi paul dan tiada sesiapa yang mengajar paul untuk melakukannya..

video : paul meramal final world cup

dalam kejohanan eropah 2008, ia dipertanggungjawabkan untuk meramal semua perlawanan jerman.. dia meneka semuanya dengan tepat kecuali dua perlawanan.. sepanjang tahun ini, ketika piala dunia 2010 bermula, sotong paul kembali untuk meramal lagi.. ramalannya untuk piala dunia adalah 100% tepat..

selepas piala dunia 2010 berakhir, majikannya sea life centre mengumumkan bahawa sotong paul sudah bersara dan tidak akan meramal lagi kerana ugutan bunuh atau ugutan 'goreng tepung' termasuk dari rakyat jerman sendiri.. selepas ini sotong paul hanya menjadi pameran untuk menghiburkan kanak-kanak..

kini dikatakan si nujum berkaki lapan ini bakal dipostingkan dari rumah asalnya di oberhausen, jerman ke Zoo Madrid tidak lama lagi.

Apa-apa pun sebagai orang Islam jangan percaya pada sotong ya ataupun apa-apa benda lain. Bukannya apa takut akidah kita terpesong. Sama ada sotong tu pandai ke, bijak ke, ianya hanyalah sekadar makhluk ciptaan Allah.

video : mungkin berlaku terhadap paul

No comments: