Berikut adalah ucapan Dato Najib Razak dalam email tersebut
Salam 1Malaysia!
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.
Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.
Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!
4 comments:
sy dapat juga =)
dapat jugak? hehe congrats anda juga terpilih..hehee
sy juga salah satu rakyat m'sia yg bertuah dp email dr PM! wahhh bangga rasanya.. ~hee
haha..congrats juga.. selamat tahun baru cina..hehee
Post a Comment