Wednesday, February 2, 2011

Anda tergolong dalam 1.5 juta orang mendapat Email dari Dato Seri Najib Razak ?

Salam 1Malaysia..hehee
Tak sangka dalam puluh-puluhan ribu email dalam inbox terselit satu email dari Dato Seri Najib Razak, dah 2,3 hari lepas sebenarnya dapat email nie.. tapi ingatkan ape la, spam kew or fake email. So aku abaikan jer email nie sebenarnya.

Lepas tuh ade terbaca kat blog seseorang nie, katenye keluar kat buletin tv3 mengenai email yang dihantarkan oleh Dato Najib Razak dan hanya 1.5 juta pesanan email sahaja yang dihantar kepada yang terpilih.


Aku terpilih...hahaaa, bangga la sangat.. korang pon mesti dapat punye kan! 1.5 juta banyak tuh. Tergolong gak dalam kumpulan 1.5 juta orang yang menerima email ini daripada 27 juta rakyat Malaysia.

Owh.. dengar-dengarnya email nie kebanyakannya dihantar kepada blogger-blogger di Malaysia, dimana apa yang dipahamkan bahawa Dato Najib Razak hantar kepada kebanyakan bloggers Malaysia.

Huhu.. terima kasih Dato Najib ingat gak kat aku....haha (perasan la pulak)

Oleh itu, dengan kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat 1 Malaysia


Free Angpow Tahun Baru Cina



**********

Berikut adalah ucapan Dato Najib Razak dalam email tersebut


Salam 1Malaysia!



Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!

4 comments:

Azah said...

sy dapat juga =)

taoslayerz said...

dapat jugak? hehe congrats anda juga terpilih..hehee

hashtagpuisilensa said...

sy juga salah satu rakyat m'sia yg bertuah dp email dr PM! wahhh bangga rasanya.. ~hee

taoslayerz said...

haha..congrats juga.. selamat tahun baru cina..hehee