Tuesday, August 10, 2010

Charity Sekolah Agama Pintas Puding...part 2



part 2 nie pula pada 9 august 2010, dimana kami membuat persiapan akhir untuk perasmian kempen keselamatan & kesihatan dan alam sekitar, serta projek taman landskap.



Kami berkumpul di dewan sekolah tersebut untuk perasmian, dimana diberi ucapan oleh En.izzuddinshah selaku penyelaras Kos landskap kemudian ucapan oleh guru besar Sekolah Agama Pintas Puding iaitu En.Salleh. Kemudian program perasmian tersebut di sempurnakan oleh Tn. Hj. Musa iaitu pegawai pendidikan agama Batu Pahat.

Kemudian, upacara perasmian dilangsungkan dengan memberi signboard kepada Guru Besar sekolah tersebut untuk di semadikan di dinding sekolah tersebut.



Selepas itu, upacara penghargan diberi oleh Pegawai Pendidikan Agama Batu Pahat kepada semua yang menyumbang tenaga dan keringat untuk menjayakan program tersebut.


Setelah selesai, saya mengikuti untuk perasmian menanam papan tanda keselamatan yang telah dibuat oleh OSH krew yang disempurnakan oleh Pegawai Pedidikan Agama Batu Pahat, Guru Besar, dan juga moderator kami.

Pegawai tersebut diiringi bagi melawat kawasan-kawasan yang telah dikerjakan oleh kami.

akhir sekali sesi bergambar bersama-sama.

Dan bagi penutup majlis tersebut kami dijemput untuk menjamu selera tengahari di sekolah tersebut.

No no no... hari nie bukan berakhir di sini sahaja, habis jer program ini kami bercadang untuk kembara mandi-mandi di Sg.Bekuk



No comments: