Tuesday, January 4, 2011

Bila sudah tiba masa


Bila sudah tiba masanya, tiada apa yang dapat menghalang takdir apabila sudah tiba masanya untuk kembali ke rahmatullah.

Agak sedih dan sebak beserta terkilan jugak, apabila baru tahu tentang pemergian kenalan. Tak ku sangka, walaupon hanya sekadar kenalan di facebook beberapa bulan yang lepas. Beliau seorang kedet junior ku, ade la kekadang chat bercerita pasal masalah kesihatan.

Baru beberapa bulan yang lepas beliau menceritakan tentang kecederaan yang dihadapi sewaktu latihan dan meminta beberapa pendapat dari ku tentang kecederaan yang dialaminya.

Dan tak kusangka 2 minggu tela berlalu malam ini baru la aku dapat tahu dari skuad ku bahawa berita seorang kedet meninggal di sebabkan accident jalan raya, rupa-rupanye si die.

Hissh, terkilanye rase.. sungguh tak sangka perbualan chat arituh adalah perbualan terakhir rupe-rupenye.

Ya Allah.. tempatkan la sahabat ku ini dalam kalangan orang beriman dan cucurilah rahmat ke atas rohnya.

~Al-Fatihah~

*******
Renungan bersama

Dimana kah kita di saat ini... cukupkah amal kita untuk dibawa bersama??
Bila-bila masa jer roh kita mungkin akan ditarik semula.

3 comments:

budakhitam said...

al fatehah~

ALFALORA MOHD MUSTAFA said...

alfatehah...salam takziah...

taoslayerz said...

muda2 lagi da di panggil balik..ini sume sudah ketentuannye