Sunday, January 30, 2011

Wow | Ikan Pelik

Pada awal bulan yang lalu aku telah pergi memancing di tali air dekat tanjung pelepas. Bukan pengalaman yang hendak ku ceritakan disini tetapi adalah sewaktu pukat telah dipasang tetiba pukat seperti di sentap mybe ikan besar.. memang berbeza la sentapan tersebut.

Tarik punya tarik...mak aii, beratnye... hitam pulak tuh. Mula-mula ingatkan keli kew ape....dah angkat , Ikan ape nieh.. kepelikan jugak. Nah kao tengok.

ikan ape nie hah?
ade besar kaki aku dah


Mcm ikan bandaraya @ ikan lumut.. yer la tuh kott. And then tadi, berlegar2 di laman web http://news.nationalgeographic.com terjumpe satu artikel nieh TEN WEIRDEST NEW ANIMAL 2010
kemudian jumpe satu gambar yang hampir sama dengan ikan yang aku dapat tangkap tuh.


dimana ini adalah sejenis ikan berperisai, dikenali sebagai wood-eating catfish. Gambar diatas diambil hutan hujan Amazon pada sebuah pohon tumbang di Sungai Santa Ana, Peru pada tahun 2006.
Atau dikenali sebagai Suckermouth armored Catfish, dimana menggunakan giginya yang unik untuk mengikis bahan organik dari permukaan kayu yang tenggelam. Yang peliknya adalah ikan ini memakan kayu.

Ini adalah gambaran bagi gigi haiwan tersebut

Pelik kan.. itulah kehebatan ciptaan tuhan..

1 comment:

Benrauf said...

cantik. masuk aquarium la dowh.