Monday, June 14, 2010

Selesai la sudah Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA Ke-29

Alhamdulillah

Alhamdulillah telah selesainya Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA Ke-29 diadakan pada 12 Jun 2010 lepas yang bertempat di Universiti Sains Malaysia.

Pejam celik, Sudah 3 tahun rupanya maka berakhirnyalah kehidupan ku sebagai seorang pegawai kadet selama 3 tahun, dari jadi junior, sampai dah ada junior sendiri. Dan sudah tiba waktu untuk daku ditauliahkan, dimana latihan ketenteraan ku telah tamat dan kini Ku telah berjaya merdekakan diri ini dengan kejayaan segulung watikah sebagai Leftenan Muda. Maka berakhirnyalah kehidupan ku sebagai seorang pegawai kadet

Dengan berkat dan azam diri ini menempuhi segala cabaran dan dugaan selama menjawat sebagai pegawai kadet selama 3 tahun ku telah berjaya mengapai impian yang diimpikan bagi menjadi seorang pegawai tentera. Pelbagai pengalaman dan pembelajaran yang telah ku timba sepanjang 3 tahun tersebut.

Dan ku ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan ku terhadap jurulatih-jurulatih dan juga pegawai-pegawai PALAPES UTHM yang bertungkus lumus, bersusah-susah, berpening-pening dengan perihal ku dan skuad 28 ku ini. Lebih-lebih lagi kepada Sarjan Amran atas keperihatinan beliau hingga saat terakhir. Pengorbanan mu takkan ku lupakan.

No comments: