Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA


amai orang dok sambut dan ingat HARI IBU. Macam-macam sambutan dan anugerah depa pi buat. Memang meriah sungguh, bangga betui wanita-wanita yang bergelar ibu. Tapi kalian jangan lupa juga, HARI BAPA. Ada orang kisah dan ada yang tak kisah sangat pun. Kekadang tu terasa la jugak, macamlah bapa ni tak banyak sumbangan atau agaknya pasai peribahasa setakat sebut BAPAK BOREK, ANAK RINTIK berbanding tentang ibu, SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU. (haha..terikut-ikut lak sleng penang maklum la da dkt 2 minggu kat penang aritu)

Walaupun aku dah tak de bapa, dah hampir selama 12 tahun aku amat bersyukur dengan apa yang telah ditinggalkan oleh ayah ku sebelum pemergian beliau. Dengan berkat usaha ku, aku telah berjaya mengapai segulung watikah sebagai Leftenan Muda dan Bakal mendapat segulung ijazah pada oktober nanti. Pasti arwah ayah ku bangga atas pencapaian ku sekarang.

Kita sebagai anak harus lah menghargai pengorbanan AYAH tak semestinya ibu sahaja, kerana beliau mencari pendapatan untuk membesarkan kita dari kecil hingga besar. Siapa kita jikalau tiada beliau yang menanggung kehidupan harian kita yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kita. Oleh itu, hargailah bapa anda selagi beliau dia masih ada "jangan asyik melawan jer ckp bapa".

Disini juga saya ambil kesempatan nak ucap SELAMAT HARI BAPA kepada semua kaum adam yang sudah menjadi bapa. Moga kita mampu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak kita.

No comments: