Thursday, June 17, 2010

Bermulalah rintihanku tentang artikel berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

بسم الله الرحمن الرحيم

Detik ini saya akan cuba mula menulis artikel berkaitan dengan "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan" (Occupational Safety and Health - OSH) untuk dikongsikan kepada anda semua.

Artikel ini adalah bertujuan untuk bersama-sama berkongsi ilmu yang kita ada. Disamping itu, supaya saya dapat lebih mudah ingat perkara-perkara yang berkaitan dengan OSH ini. insyaAllah..

OSH merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Apa yang ditekankan disini adalah aspek-aspek keselamatan dan juga kesihatan
di tempat kerja.

Dengan itu saya berharap saya dapat kongsikan ilmu-ilmu ini kepada pembaca dan juga berharap supaya saya dapat menimba lebih ilmu dari pembaca-pembaca yang berpengalaman dalam bidang ini. Kerana saya pun bukan arif sangat tentang bidang ini tetapi apa yang saya dapat akan saya curahkan di blog ini. Mungkin juga kita boleh berbincang bersama apa-apa perkara yang tidak jelas berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini. Semoga Allah permudahkan..





No comments: