puyuh yang kecil tapi berjiwa besar..Puyuh berbunyi untuk menyatakan apa yang terlintas atau terusik di fikiran dan dihati ini untuk dikongsikan bersama.
Thursday, June 17, 2010
Ku digelar sebagai Leftenan Muda
Alhamdulillah agak lama juga ku tak update blog ku ini,kerana sepanjang 2 minggu lepas ku amat sibuk dengan latihan-latihan bagi pentauliahan diri ku. Kalau nak diikutkan hati hari-hari aku nak update ape yg aku buat sepanjang pentauliahan tersebut.
Sekarang ku sudah dikurniakan pangkat sebagai Leftenan Muda. Disini ku ingin mengatakan selama 3 tahun perit pedih perjuangan diri ku adalah berbaloi dan tidak disia-siakan. Ku amat gembira selepas ditauliahkan dan agak sedih juga cos akan berpisah dengan skuad-skuad ku dan yang lebih penting adalah kepada stap jurulatih ku. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar selama 3 tahun ku menjadi sebagai pegawai kadet. Ku dapat melihat riak muka stap malam selepas pentauliahan beliau seperti sedih dan sukar untuk melepaskan kami dari tanggungjawabnya. Beliau dah kami anggap seperti ayah sendiri dimana beliau sentiasa mengambil berat terhadap kami. Walaubagaimana pun saya takkan lupakan pada jasa-jasa stap, jasa mu akan tetap ku kenang sampai bila-bila...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment