Tuesday, December 7, 2010

Terjah EDISI 1 | Kuala Lumpur International Motor Show 2010 di PWTC : KLIMS 2010


Heboh dengar dalam steriomono dan iklan-iklan pasal Kuala Lumpur International Motor Show 2010 di PWTC nieh..tetiba lak si Matt mengajak kami untuk tengok sendiri di tapak Pameran bertempat di PWTC

Dianggotai Matt, Adli si kawan Matt, Biskot , Anaty and aku Tao

Perjalanan dari johor ke KL mengambil masa hampir 4jam ditambah dengan kesesakan lalulintas di hari minggu pula.

berhenti seketika di perhentian ~ makan dulu

Sampai-sampai jer kami di terpedun dengan audi yang keluar dari tapak pameran, memang terpukau dengan designnye yg cantik pastu ngaumannye mmg best.. jelez gler ble la nak dapat pakai audi..hehe

Di luar tapak pameran jer da bersepah kereta-kereta mewah dan sport yg menjadi kegilaan zaman sekarang. Kat luar tu jer ak dah berposing dengan Lamborghini, Ferrari, Skyline, Lotus.




Nak masuk Show nie bayaran tiket yang dikenakan adalah RM20 cos ari minggu. Dapat tiket dan borang lucky draw.., mner tau de rezeki ker... hadiah dye gempak2 lak tuh.


berposing dlu kat pintu masuk


Pelan laluan pameran

Pameran ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu HALL 1, HALL 2 , HALL 3 , Dewan Merdeka dan akhir sekali HALL 4. ( jenuh nak jalan nieh )

Masuk-masuk jer ke show tersebut adalah berada di HALL 2, berpusu-pusu orang arituh. Kereta berkonsepkan mesra alam design pon canggih2 sampai kurasakan macam da merepet jer...hehe.

Di HALL2 nie terdapat show bagi kenderaan new concept antaranya PROTON, PERODUA, LoTUS, Aksesori kenderaan konsep baru.


Tarikan utama HALL 2 | PROTON CONCEPT

macam ala-ala cerita silat lagenda pulak proton cipta kereta nieh..
5 nama pendekar lagenda iaitu Jebat, Lekiu, Tuah, Lekir dan Kasturi


PROTON JEBAT

PROTON LEKIR



PROTON KASTURI



PROTON LEKIU


PROTON TUAH


HALL 2 | LOTUS



Lawa...mcm ikan jerung @ ikan yu



Kecil...comel...bergaya

Banyak gler gambar kereta..ade jer gak gambar2 model yang sempat di snap dan juga model tu siap posing lg.. bak kata kengkawan di fesbuk nasib baik tak berdarah hidung..hehe



Nak tengok banyak lagi gambar klik ini

Habis bahagian Hall 2

bersambung Edisi ke - 2

No comments: