puyuh yang kecil tapi berjiwa besar..Puyuh berbunyi untuk menyatakan apa yang terlintas atau terusik di fikiran dan dihati ini untuk dikongsikan bersama.
Thursday, December 30, 2010
Dewi Persik tempelak coli laser Julia Perez
JAKARTA: Hasrat Julia Perez atau Jupe memakai coli laser pada perlawanan akhir kedua Piala AFF ditempelak oleh musuh ketatnya, Dewi Persik.
Dewi ketika mengulas niat Jupe itu menyifatkan hasrat musuhnya itu sebagai lawak bodoh dan tidak tepat dalam usaha menyokong pasukan bola sepak Indonesia dalam perlawanan menentang Malaysia semalam.
“Biar saja dia nak pakai apapun. Saya tak peduli. Tetapi perlawanan ini mengenai harga diri bangsa.
“Kerana itu saya merasakan kita perlu berdoa, bukan tampil dengan keadaan separuh bogel,” kata Dewi Persik atau Depe.
Jupe sebelum ini berkata, dia akan muncul dengan coli laser dengan tujuan membutakan pemain Malaysia.
Depe, dalam pertemuan dengan wartawan media hiburan Indonesia itu turut menyuarakan harapan agar pasukan Indonesia yang dibelasah 3-0 dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur, menang kali ini. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment