Thursday, November 18, 2010

Karena Wanita Ingin Dimengerti


Kita dengarkan dulu lagu nieh, dan cuba hayati sejenak lirik lagu nieh...




lekuk indah hadirkan pesona
kemuliaan bagi yang memandang
setiamu simbol keanggunan
khas perawan yang kau miliki

aku lah pengagum ragamu
tak ingin ku menyakitimu
lindungi dari sengat dunia yang mengancam
nodai sucinya lahirmu

reff:
karena wanita ingin di mengerti
lewat tutur lembut dan laku agung
karena wanita ingin di mengerti
manjakan dia dengan kasih sayang

inginku ajak engkau menari
mandi hangat cahaya bulan
sebagai tanda kebahagiaan
bagi semesta cinta kita

kembali ke reff

bintang terang itulah dirimu
janganlah redup dan mati
aku dibelakangmu memeluk
dan menjagamu

***********
To All Boys...

Kerana wanita ingin dimengerti itu lah antara yang wanita mahukan...kita sebagai kaum adam mestilah mengerti isi hati kaum wanita. Dalam satu hadis yang bermaksud

“Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

perempuan mahukan lelaki yang memahami hati dan perasaan mereka, janganlah cuba untuk menyakitkan hati mereka ini.

Sebagai lelaki juga hendaklah menjaga hati wanita, dan anda jagalah wanita yang anda miliki sebaik mungkin kerana mungkin wanita itulah anugerah yang terbaik untuk anda. Janganlah anda abaikan mereka ini, kerana wanita hendaklah selalu dibimbing dan selalu dihargai, jangan lah anda ambil sambil lewa dan terlalu percayakan wanita sehinggakan wanita ini terasa terasing cos tidak diambil berat dengan apa yang hendak dia lakukan.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan amat mementingkan kasih sayang. Bagi mereka, ia suatu realiti kehidupan yang tiada noktahnya. Perempuan meletakkan kasih sayang sebagai bukti kebahagiaan hidupnya. Perempuan akan menganggap lelaki tidak menyintai mereka jika lelaki tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Perempuan menganggap cinta itu sebagai satu tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin. Mereka menjadi “pengawal” cinta.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan adalah ‘perekacipta’ yang suka memperlihatkan keindahan, kemeriahan, merencana, mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ada rasa nikmat dan kepuasan jika ini dapat ditunaikan. Mereka yakin akan potensi diri untuk menjdikan sesuatu lebih baik dan mengharapkan potensi itu sentiasa berkembang mekar.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan amat mementingkan masa. Masa bersama pasangan menjadi amat penting bukan kerana ingin mengawal tetapi kerana ingin membantu. Apabila lelaki lupa akan masa dan tarik tertentu yang istemewa, perempuan akan menganggap lelaki tidak peka, tidak prihatin dan tidak mahu menyemarakkan kasih sayang. Setiap hari perempuan mengharapkan lelaki membuktikan kasih sayang kepada mereka.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan ingin merasa selamat. Mereka inginkan rasa tenang dan yakin dalam hubungan dengan lelaki. Untuk rasa selamat, perempuan sentiasa mengharapkan kasih dan sayang kepada dirinya semakin bertambah. Rasa tidak selamat akan pulih dengan cepat jika lelaki sentiasa memberi jaminan akan rasa cinta dan keprihatinan. Jika perempuan memperlihatkan sikap dingin atau marah, jangan mudah membuat andaian tentang perasaannya itu. Mungkin dia hanya rasa bimbang.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan mahu dirinya dihargai. Mereka mahu membuktikan kemampuan menjadikan lelaki lebih bahagia. Mereka mahu lelaki menunjukkan penghargaan melalui tingkahlaku dan ucapan. Mereka merasa lebih dihargai jika lelaki menunjukan bahawa dirinya adalah keutamaan dan menghargai kebahagiaannya. Lebih bahagia apabila lelaki menunjukkan bahawa diri mereka (perempuan) amat diperlukan. Perempuan akan merasa tidak dihargai jika lelaki tidak meminta bantuannya jika menghadapi masalah.


Aku sebagai lelaki juga akan slalu cuba untuk mengerti dan memahami wanita..

No comments: