Ade jugak dari luahan hati kengkawan dimana kita"lelaki" sewaktu cuba untuk mempertahankan atau memperbetulkan keadaan, kita"lelaki" mesti akan dianggap seperti tidak betul walaupon telah diperjelaskan.... adakah prinsip mereka "perempuan" semua lelaki adalah tidak boleh dipercayai ???
Setiap kali cuba untuk membetulkan keadaan atau cuba untuk menjelaskan sesuatu permasalahan, mereka "perempuan" seperti memutarkan belit kan kenyataan tersebut dan akhirnya terkena kepada kita "lelaki" semula walaupun kita cuba menjelaskannya sebaik mungkin.
Setiap lelaki adalah cuba untuk membuat yang terbaik bagi seseorang perempuan yang disayangi.. jika tidak maka tidak akan lah seseorang lelaki itu cuba untuk menjelaskan sehabis baik terhadap seseorang perempuan tersebut... sehingga lah...seorang lelaki itu berputus asa dengan usaha mereka untuk memperbaiki keadaan dan lalu meredhakan apa yang dibangkan oleh seseorang perempuan.
Kesian gak tengok kengkawan yang ditimpa kejadian seperti ini... kekeadang hanya disebabkan salah faham kecil menyebabkan tidak bertegur sapa. Manakala, pihak perempuan pula apabila di pujuk atau diperjelaskan oleh pihak lelaki seperti di endahkan.... so pity
sedih gler sape yang tersepit dengan masalah ini..
terdapat satu artikel menyatakan..
Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.
Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.
Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.
mungkin ini antara penyebab ada yang lelaki dah malas nak pikir pasal perempuan or couple.. dan mungkin ini penyebab bagi lelaki yang kawin lewat...hehe
bukan saja hati wanita inigin di mengerti tetapi hati lelaki juga ingin di ngerti..
sory to say.. bukan nak babitkan sesiapa cuma untuk lebih mengerti hati masing-masing
p/s: ini hanya luahan hati dan pengalaman saya dari kengkawan...sekiranya terdapat luahan hati atau pendapat dari anda sila comment.
No comments:
Post a Comment